Porsche Taycan kini kembali dengan peningkatan yang lebih menyeluruh – lebih laju, lebih jauh, dan lebih pantas dicas.
Dalam acara Taycan E-xperience yang dianjurkan oleh Porsche Malaysia, para media berpeluang untuk menguji kemampuan jarak jauh kereta elektrik sepenuhnya ini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands. Merasai sendiri prestasinya di jalan-jalan berbukit yang mencabar.
Perjalanan Mempesona dengan Peningkatan Berkuasa
Taycan baharu kini hadir dengan senarai peralatan standard yang lebih baik, termasuk suspensi udara, pencahayaan ambient, dan sistem pengurusan jarak pintar Porsche (PIRM).
Dengan sistem penyejukan bateri yang diperbaharui dan port pengecasan elektrik di kedua-dua sisi. Taycan ini lebih canggih dari segi prestasi dan kemudahan pemanduan. Kini, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.8 saat untuk varian pacuan roda belakang (RWD). Menjadikannya lebih pantas dari model sebelumnya.
Dalam perjalanan, Taycan dengan mudah menangani pelbagai jenis permukaan jalan – dari lebuh raya hingga ke laluan berbukit di Genting Highlands.
Pengendaliannya yang tajam dan mantap memastikan pengalaman memandu yang tidak tergugat walaupun dalam kelajuan tinggi atau di selekoh-selekoh tajam.
Suspensi aktif Porsche (PASM) yang diperbaharui memastikan setiap pemanduan lancar dan selesa, sambil mengekalkan kecekapan dinamik yang hebat.
Pengecasan yang Pantas, Perjalanan yang Lebih Jauh
Salah satu ciri menonjol Taycan baharu ialah kemampuan pengecasannya yang pantas.
Dengan teknologi 800 volt, ia kini mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 18 minit di stesen pengecasan berkuasa tinggi.
Baterinya juga lebih efisien dengan kimia sel baharu yang memberikan jarak pemanduan sehingga 678 kilometer bagi satu cas penuh. Membolehkan perjalanan jauh tanpa risau tentang kehabisan bateri.
Peningkatan pada sistem pemulihan tenaga Taycan juga menjadikannya lebih efisien. Dengan kuasa pemulihan maksimum yang kini meningkat kepada 400 kW.
Membantu kereta ini menjana semula tenaga lebih banyak berbanding sebelum ini. Ketika memandu menuruni Genting, Taycan berjaya memulihkan kira-kira tiga peratus daripada caj bateri, memberikan lebih kecekapan tenaga dalam setiap perjalanan.
Menghadapi Selekoh Tajam di Genting Highlands dengan Mudah
Dengan prestasi elektriknya yang hebat, kereta ini mampu memecut lancar walaupun dalam cerun yang curam. Suspensi adaptifnya memastikan pemanduan yang stabil dan selesa walaupun di jalan berbukit.
Manakala bunyi Porsche Electric Sport Sound yang dioptimumkan menambah pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengasyikkan.
Kesimpulan
Dengan peningkatan dalam prestasi, jarak pemanduan, dan keupayaan pengecasan, Porsche Taycan baharu adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari kereta elektrik yang sporty, selesa dan berkuasa. Tidak kira sama ada untuk perjalanan jarak jauh atau mengharungi laluan berbukit, Taycan baharu memberikan pengalaman pemanduan yang mengagumkan. Dengan harga bermula dari RM 575,000, Taycan kini sedia untuk ditempah.
Dari Porsche Malaysia
Baca Juga Taycan Turbo S Celestial Jade: Ikon Mewah Unik Porsche, Dipertontonkan Eksklusif di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.