Rona Putih Dan Merah Hangatkan Penyatuan Cinta Pewaris Empayar Zaitun

Memilih rona putih pada hari pernikahan sebagai simbolik kesucian cinta yang terpatri antara dua sejoili ini. Sama cantik sama padan, itulah yang boleh disimpulkan untuk kedua mempelai iaitu Ketua Pegawai Operasi (CEO), Nizam Datuk Seri Mohd Kamal Teh, 27, dan isteri, Norizzati Muhamad Noor, 29, yang diraikan dalam suasana yang cukup mewah dan serba indah.

 

Mengikat ikatan cinta mereka yang bersemi selama empat tahun, Nizam memilih Norizzati sebagai suri hatinya dan melangsungkan pertunangan pada 17 April 2024. “Norizzati seorang wanita yang memahami diri dan karier saya dan menerima seadanya siapa saya. Kami berkawan selama empat tahun dan dalam tempoh masa itu digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing dan beliau juga mudah mesra apabila dibawa berjumpa keluarga” katanya.

Pewaris jenama Zaitun itu melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober lalu di Astana Bamboo Hills dengan memilih tema putih minimalis yang dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan.

 

Setibanya pengantin perempuan melangkah masuk, mata terpaku dengan kecantikan tata rias solekannya dilengkapi busana kebaya putih viel panjang dan sejambak bunga tangan.

Jelas Nizam yang menggalas tanggungjawab CEO Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. tema putih minimalis ini dipilih melambangkan ianya warna yang cukup sinonim bagi pernikahan. Beliau dan isteri memilih perancang majlis, Zaza dari Merindu Saviour.

Pelamin rona merah jadi pilihan

Seterusnya, majlis resepsi diadakana pada 13 Oktober di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat. Kedua mempelai diaraikan dalam majlis cukup indah dan mewah dengan memilih pelamin rona merah cinta dan busana pengantin moden berwarna putih.

Tema pelamin merah cinta dengan kemasan elemen kelopak bunga besar dan dilengkapi bunga-bungaan merah menjadikan majlis ini ibarat ‘Wedding Of The Year’. Ditambah pula dengan kerusi merah dan nyalaan lilin menerbitkan lagi kehangatan cinta yang terpahat.

Menggunakan idea dan gubahan dari hasil seni saudara Abu, Indah Design melengkapkan perkahwinan idaman merpati dua sejoli ini.

Kek dan majlis perkahwinan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek. Kek perkahwinan memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah.

 

 

Nizam dan isteri memilih kek perkahwinan lima tingkat setara warna pelaminnya iaitu merah cinta. Kek yang tidak sarat tetapi hanya dihiasi dengan bunga-bungaan merah menyerlahkan lagi class dan trendy mengikut citarasa terkini.

Pasangan pengantin ini cukup naik dan menyerlah berlatar kek dan pelamin merah cetusan pilihan mereka.Ini menunjukkan pasangan ini cukup pandai memilih tema, warna dan busana untuk diabadikan pada hari bersejarah mereka.

Satu citarasa yang simple dan tidak sarat tetapi cukup padat dengan elemen cinta yang dibina.

Pasangan pengantin ini kelihatan begitu indah dengan pemilihan busana resepsi rona putih suci dengan perincian gemerlapan diamond dan alunan viel panjang. Bagi pengantin lelaki yang menggayakan tuxedo putih riben dan bercelana hitam menyerlahkan lagi sosok seorang lelaki yang punya citarasa tinggi sebagai seorang CEO.

Busana ini begitu kena dengan saiznya yang sederhana dan menampakkan lagi sisi kerjaya korporat perniagaan yang disandangnya. Melangkah segak penuh keyakinan menjadikan Nizam Teh sebagai pengantin lelaki paling kacak tahun ini.

Begitu juga busana gaun kembang pengantin yang digayakan oleh Norizzati cukup sepadan dengan postur tubuh dan wajahnya yang manis.

Viel panjang yang beralun melengkapkan busana itu ditambahn kemasan perhiasan rantai dan gelang berlian. Ditambah senyuman manis dan segar Norizzati pasti membuatkan para tetamu begitu senang dengan polos wajahnya yang cantik.

Norizzati memilih gaun kembang untuk resepsi yang dikemaskan dengan manik bergemerlapan itu sekali gus menaikkan lagi penampilannya di hari resepsi. Kami katakan, perkahwinan pewaris jenama Zaitun ini cukup indah dan hangat dengan rasa cinta.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply