Beri Impak Luar Biasa Dilantik Sebagai Duta Global 5 Jenama Dalam Masa 4 Bulan Selepas Tamat Ketenteraan! Kini Jin BTS Bakal Lancar Album Solo November Ini!

Penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, BTS Jin baru-baru ini membuktikan popularitinya masih lagi diterima baik oleh pelbagai pihak apabila beliau dipilih menjadi duta global untuk beberapa jenama terkenal.

Baru sahaja menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan empat bulan lalu iaitu pada Jun 2024. Jin atau nama sebenar Kim Seokjin (32) telah diangkat menjadi duta global pertama jenama barangan kemas mewah berasal dari Perancis, Fred pada awal Julai lalu.

Seterusnya, penyanyi lagu ‘Super Tuna’ itu juga dipelawa menjadi duta jenama fesyen mewah, Gucci pada awal bulan Ogos, jenama penjagaan kulit Laneige pada hujung September dan terbaru jenama barangan sukan Alo Yoga.

Selain daripada itu,  Jin juga telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Kehormat kota Seoul oleh Visit Seoul, bagi menarik lebih ramai orang untuk melawat dan merasi pengalaman dan budaya di negara ginseng tersebut.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangannya lagi, Jin juga baru melancarkan video muzik versi istimewa Super Tuna dan mempunyai rancangan realiti solo berjudul ‘Run Jin’ yang ditayangkan di aplikasi Weverse dan Youtube rasmi BTS.

Anggota tertua kumpulan pop sensasi itu juga difahamkan bakal melancarkan album pertamanya sebagai penyanyi berjudul ‘Happy’ pada 15 November akan datang.

Sekadar info mengenai BTS, pada 17 Oktober lalu, anggota kedua, J-Hope baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan. Manakala, empat ahli lain iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply