3 Tahun Shasha Abedul Alami Anxiety, “Jangan Malu Buat Rawatan…”

Pelakon Shasha Abedul mendedahkan pernah berdepan masalah gangguan mental seperti depresi dan keresehan atau ‘anxiety’ sehingga diserang panik.

Menurut Shasha, 28, situasi itu berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikologi dan ahli terapi untuk mengawal masalah berkenaan.

Shasha Abedul Alami Anxiety

“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik.

“Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri. Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu saya tak tahu macam mana nak mengawalnya.

“Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay,” ceritanya.

Elak Makan Ubat

Enggan bergantung kepada pengambilan ubat, Shasha memberitahu, tahap kesihatannya kini bertambah baik memandangkan dia turut menjalani sesi terapi berkala.

“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.

“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” katanya lagi.

Diserang Waktu Shooting

Shasha juga mendedahkan dia pernah diserang panik ketika penggambaran drama Project: Exit dijalankan susulan watak yang dibawa seakan sama seperti dirinya.

“Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri.

“Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.

“Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya,” luah Shasha.

Begitulah pengalaman pelakon ini sewaktu berdepan dengan masalah anxiety. Jika anda di luar sana ada yang sedang melalui masalah yang sama, boleh terus jumpa doktor dan cuba rawat dari peringkat awal untuk elak perkara yang serius berlaku.

Kena Diet Seimbang

Menurut satu portal kesihatan, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membantu tahap kesihatan mental dan fizikal.

Cuba biasakan ambil buah-buahan dan sayur-sayuran sebab ini makanan semula jadi yang baik untuk meningkatkan imunisasi badan. Jadi jangan skip makan syur dan buah, ya!

Paling penting, kena tenangkan fikiran dan emosi daripada menggunakan media sosial. Sikap obses itu secara tidak langsung akan membuatkan seseorang mudah berasa anxiety dan tertekan.

Harus diingat, masalah anxiety bukan gila. Jadi tidak perlu takut dan berasa malu untuk mendapatkan perbincangan dengan doktor pakar bagi mengatasi hal ini.

Kredit gambar: Shasha Abedul

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply