Duduk Flat Selera Kondo, Ubah Suai Ini Di Rumah Flat Salah Disisi Undang-Undang!

Isu penambahan struktur bangunan oleh penghuni rumah flat bukanlah perkara baru, malahan nampaknya terus dipraktik secara berleluasa oleh pemilik-pemilik rumah kos rendah itu.

Sudah sekian lama media sosial tidak dihidangkan dengan isu seperti itu, namun baru-baru ini tular  satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki telah memasang pagar di laluan luar rumahnya. Wanita yang merakam video tersebut mengadu jika berlaku kebakaran di rumah flat tersebut.

Pasang pagar kayu, risau kebakaran

Dalam video itu, lelaki berkenaan nampak tidak puas hati pagar rumahnya itu dirakam oleh wanita tersebut. Kelihatan juga sebuah rak kasut diletakkan di sebelah pagar itu. Pagar ni dah siap, kalau kita tolak macam ni.. sini boleh nampak rak kasut boleh bunyi nanti. Tak nak nanti akan datang ada bunyi, dia complaint orang tolak pula.

 

@haswanishassan Since dah viral dekat @abe_kongsi Mehla sy story.. #grillrumahflat ♬ original sound – byhaswanishassan

Pagar tersebut juga diperbuat daripada kayu dan wanita berkenaan risau jika berlaku kebakaran, pagar kayu itu boleh terbakar dan akan menyusahkan orang lain.

Pagar kayu dah cabut

Pun begitu, @haswanishassan melalui TikTok miliknya telah memuat naik satu video keadaan terkini rumah flat tersebut. Kelihatan pagar kayu itu sudah dicabut dan hanya tinggal rak kasut milik lelaki itu sahaja selepas tular.

 

@haswanishassan ALHAMDULILLAH!!!!!! Terima kasih netizen.. Kalau tak viral mesti tak buka grill ni.. 😭😭😭 Terima kasih tolong saya…. #grillrumahflat #fyp #tiktokmalaysia #viralmalaysia ♬ i want it i got it – Official Sound Studio

Dalam niat yang baik untuk memberi keselesaan buat ahli keluarga, jangan pula melanggar undang-undang yang ada.

Menjelaskan ini seorang arkitek berkongsi info berkenaan beberapa contoh binaan yang sering kita nampak di rumah-rumah flat yang sebenarnya dilakukan tanpa kebenaran. Ini mungkin ada segelintir kita tidak menyangka, khususnya dikalangan penduduk rumah flat bahawa selama ini tindakan mereka itu salah di sisi undang-undang.

CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT

 

 

 

 

Buat pagar rumah di kiri dan kanan

Kaki lima rumah kita bukan hak milik kita seorang kerana ianya hak bersama dengan penduduk yang lain.

Bayangkan kalau ada kebakaran di tangga sebelah kiri, macam mana orang lain nak ke tangga sebelah kanan dengan adanya pagar rumah itu? Buatnya pula anda tiada di rumah dan pagar tersebut dikunci?

Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.

Mesti Baca:DIY Cat Top Coating Guna Teknik ‘Stencil’, Berseri Lantai Driveway Rumah!

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply