Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.