Anak Muda 19 Tahun Tunggang Modenas Kriss ke Tanah Suci

Selepas kejayaan beliau bersama bapanya mengelilingi dunia menggunakan Perodua Kelisa, sekali lagi beliau menyahut cabaran baharu menunggang motosikal Modenas Kriss ke tanah suci.

Muhammad Aidil Nursulhi, 19 tahun, anak muda yang berasal dari Pulau Sebang Gadek, Melaka memutuskan untuk membuktikan sesuatu dalam hidupnya dengan melakukan pengembaraan ke Tanah Suci pada usia muda.

Perjalanan yang dianggarkan sejauh 15,000 kilometer dan mengambil masa 100 hari ini bukan sesuatu yang baru buat beliau. Pengalaman berharga bersama bapa beliau Nursulhi Rahim (Along) mengelilingi dunia sebelum ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk beliau mengharungi perjalanan merentasi beberapa negara sebelum tiba ke tanah suci.

Kredit Foto : Facebook Aimpro Samudra

“Sebelum ini, pernah saya mengembara ke Janda Baik, Pahang dengan motosikal, tetapi kali ini cabaran ini lebih besar kerana akan melibatkan beberapa negara,” katanya.

“Saya sedar perjalanan ini akan lebih mencabar kerana berlangsung pada bulan Ramadan, tetapi saya yakin dengan tekad saya untuk beribadah di Tanah Suci, saya akan berjaya dan segala-galanya akan dipermudahkan.”

Kredit Foto : Facebook Muhammad Aidil

Muhammad Aidil adalah salah seorang daripada 20 peserta yang akan mengikuti Jelajah Silaturahim Malaysia Ke Mekah 2024, yang bermula pada 21 Mac. Pelepasan peserta ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Kredit Foto : Website melakahariini.my

“Saya telah mengambil lebih dari sebulan untuk mempertimbangkan segala-galanya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengikuti kembara ini dengan persiapan yang rapi,” katanya.

“Dengan semangat dan harapan daripada bapa, saya yakin saya mampu melakukan ini. Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan keselamatan saya dan peserta lainnya.”

Kisah keberanian Muhammad Aidil Nursulhi dalam menghadapi cabaran yang besar ini adalah satu contoh inspiratif bagaimana seorang anak muda dengan tekad dan semangat yang kuat mampu mengejar impian mereka tanpa mengenal rasa takut.

Sumber Artikel : Website melakahariini.my

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply