Dalam dunia yang terus berkembang ini, generasi muda menjadi sasaran utama untuk diberi pemahaman yang mendalam tentang konsep harm awareness atau kesedaran terhadap bahaya dan alternatif yang tersedia untuk mereka lebih-lebih lagi melibatkan suatu perkara dan topik yang agak sensitif.
Maklumat yang terperinci dan lengkap merupakan salah satu perkara yang amat penting buat seseorang untuk membuat keputusan. Lebih lengkap sesuatu maklumat disampaikan, maka lebih mudah keputusan yang tepat untuk dilakukan oleh seseorang.
Pun begitu, bila bercerita tentang Harm Awareness berkaitan tembakau, pastinya ada yang tidak bersetuju dengan konsep atau kaedah yang cuba diperkenalkan ini. Hakikatnya, generasi muda masa kini sebenarnya lebih terpelajar dan peka dengan bahaya serta kemudaratan yang akan timbul dengan tabiat merokok kerana di usia inilah ramai yang mula ‘mencuba’ dan akhirnya menjadi perokok tegar.
Sumber : Berita Harian
Namun, hal ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya remaja ini didedahkan pada peringkat awal tentang mudarat dan bahaya merokok seperti nikotin, asap rokok dan juga TAR yang biasanya disalaherti oleh ramai pihak.
Seperti yang pernah dibincangkan di Forum Global mengenai Nikotin, ramai yang ingin berhenti merokok ini juga mendakwa tidak didedahkan atau tidak mendapat maklumat yang mencukupi tentang alternatif yang ada bagi membantu mereka mengurangkan ketagihan nikotin ini selain dari merokok.
Selain itu, adalah penting untuk disampaikan kepada umum punca utama kemudaratan yang berkaitan dengan tabiat merokok sebenarnya bukanlah nikotin, sebaliknya ia disebabkan pembakaran rokok yang menghasilkan lebih daripada 7,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya dikatakan boleh menyebabkan kanser dan penyakit berkaitan tabiat merokok.
Satu lagi perkara yang sering di salah erti berkaitan rokok ialah TAR yang selama ini ramai salah sangka dan beranggapan ia merupakan tar sama yang digunakan dalam pembuatan jalan raya. Hakikatnya, TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar.
Dalam masa yang sama, Third hand smoke atau sisa asap basi (SAB) adalah sisa daripada tembakau yang melekat pada baju, kulit dan rambut.
Jangan Mula Merokok
Sudah pasti, jalan paling selamat untuk menghindari segala kemudaratan dan bahaya berkaitan rokok ialah dengan tidak memulakan tabiat tersebut. Namun, ia tidak bermakna remaja yang terjebak dengan tabiat ini tidak dapat diselamatkan.
Masih belum terlambat untuk kita mendedahkan mereka supaya memilih alternatif yang lebih baik atau kurang mudarat berbanding rokok tradisional. Tetapi, pilihan terbaik semestinya berhenti secara menyeluruh.
Apa yang membuatkan ramai dalam kalangan mereka yang merokok hari ini tidak dapat meninggalkan tabiat berkenaan ialah ketagihan terhadap nikotin.
Hari ini, terdapat pelbagai produk alternatif yang masih memberikan kepuasan terhadap ketagihan nikotin tersebut tetapi kurang memudaratkan seperti terapi gantian nikotin (NRT) yang mengandungi beberapa jenis produk seperti gum nikotin, inhaler nikotin, lozenge mahupun patch.
Selain itu, terdapat juga beberapa produk alternatif lain seperti rokok elektronik, snus atau produk pemanasan tembakau yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.
Secara kesimpulan, sekiranya anda tidak merokok, jalan paling selamat adalah jangan memulakan tabiat tersebut, namun sekiranya anda merupakan seorang perokok, berhenti. Sekiranya tidak boleh berhenti, carilah alternatif lain yang kurang mudarat kepada diri sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.