Belanjawan 2025: RM50 Juta Peruntukan, Pendidikan AI Bakal Diperluas Di Universiti Penyelidikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini mengumumkan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas kesemua universiti penyelidikan.

Menurut Anwar, ia membabitkan peruntukan sehingga RM50 juta yang mana meningkat, berbanding tahun ini iaitu sebanyak RM20 juta. 

Jelasnya, ia susulan petanda positif seperti penubuhan Fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam masa singkat.

“Ini memberikan harapan kepada kita bahawa ada petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: #Belanjawan2025 : Yuran SBP Dan IPTA Bakal Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya, Tak Jejaskan Golongan B40 & M40

Antara senarai universiti yang terlibat adalah seperti berikut: 

Universiti Malaya (UM): Menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.

Universiti Putra Malaysia (UPM): Bakal menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit.

Universiti Sains Malaysia (USM): Menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub-semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian beberapa universiti di Malaysia yang berada dalam senarai antara universiti terbaik dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply