Tembikai antara buah menjadi pilihan ramai apabila tibanya bulan Ramadan. Sering dijadikan jus minuman dan pencuci mulut ketika berpuasa, buah ini penuh dengan vitamin A, B6 dan kaya dengan antioksidan.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Sahaja Buah Yang Disebut Dalam Al-Quran, Ini 7 Khasiat Buah Tin Salah Satunya Buat Rasa Kenyang!
Tembikai, semangka atau nama saintifik Citrullus lunatus adalah antara makanan sunnah dan merupakan makanan kegemaran Rasullah SAW.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata ” Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah ” Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar. Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air.
Khasiat Tembikai
Khasiatnya yang cukup menambat hati buat penggemar buah ni.
1. Melawaskan buang air kecil
Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, boleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.
2. Menurunkan tekanan darah
Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.
3. Mengelak dari kanser
Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.
4. Mengatasi sembelit
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.
5. Mencegah dehidrasi
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal. Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang banyak.
6. Mengatasi kekejangan otot
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.
7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok
Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.
Resepi Tembikai Laici Penghilang Dahaga
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Cara membuat:
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Tak perlu tambah gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
Siap!
Banyak kan khasiatnya, bolehlah jadi penggemar buah tembikai lepas ni. Selamat mencuba.
BACA LAGI : ‘Hidden Gem’ Di Perlis, Fenomena Hutan Bertukar Warna Setahun Sekali
Sumber: Ben Safwan, Petua Sihat Bersama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.