Program Perkasa Ekonomi Komuniti Asli – Kerjasama Berjaya Antara SDAC dan GPF

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, telah mengukuhkan komitmennya dalam membantu masyarakat Orang Asli melalui kerjasama kali kedua dengan Yayasan Keamanan Global (Global Peace Foundation) Malaysia. 

Kali ini, fokus kerjasama adalah menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di empat perkampungan Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang.

Program OA-Eco Farm bertujuan untuk meningkatkan kemandirian dan pendapatan keluarga Orang Asli melalui penanaman makanan. Ia menyediakan latihan praktikal, subsidi perkakas, dan benih. 

Dengan sumbangan dana sebanyak US$10,000 (RM45,745) daripada dana tabung Ford Motor Company (Ford Motor Company Fund) bersama 22 sukarelawan dari SDAC menyertai usaha ini dengan pasukan GPF untuk melawat tiga perkampungan yang terlibat pada 9 Mac lalu.

Kredit: Ford Malaysia

Sukarelawan membawa bersama sumbangan benih, kelengkapan penanaman, peralatan dapur, dan tenaga untuk membantu. Mereka turut membantu memasang kelengkapan panel solar untuk sistem pemagaran dan terlibat dalam kerja-kerja pemugaran tanah serta pemotongan rumput sebelum proses pembenihan.

Dr. Teh Su Thye, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global, mengatakan, “Covid-19 telah membawa ancaman terhadap sekuriti makanan yang dihadapi oleh Orang Asli. Program OA-Eco Farm tidak hanya meningkatkan kehidupan Orang Asli tetapi juga mempromosikan amalan mapan dan pemuliharaan alam sekitar.”

Program OA-Eco Farm menerapkan kaedah penanaman Syntropic Farming yang menghidupkan semula ekosistem dan membugarkan tanah bagi memastikan sekuriti makanan dan kemapanan. GPF juga telah mewujudkan pasar dalam talian, Kebun Amai, untuk pekebun Orang Asli menjana pendapatan daripada tanaman mereka.

Kredit: Ford Malaysia

Sejak pengenalannya, GPF telah berusaha untuk memberikan bantuan kepada lebih daripada 70 perkampungan untuk menyediakan akses kepada air bersih, tenaga, kehidupan mapan, dan pendidikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Keamanan Global dan untuk menyumbang kepada komuniti Orang Asli, layari https://globalpeace.org.my/. Untuk maklumat lanjut tentang SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Baca: SuperVan 4.2 Elektrik Ford Pecah Rekod Pikes Peak Dengan 1,400 Kuasa Kuda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Comments

Leave a Reply