Proton eMas 7 – Foto Kabin Dedah Skrin Lebar dan 16 Pembesar Suara 

Proton kini semakin hampir untuk melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton eMas 7. Walaupun sudah sering dilihat mengelilingi jalan raya di Semenanjung Malaysia, Proton masih belum sepenuhnya mendedahkan imej bahagian dalaman model ini. 

Gambaran Awal

Namun, baru-baru ini, Proton memberi gambaran awal menerusi laman sosial mereka, yang mendedahkan beberapa ciri menarik dalam kabin eMas 7 ini.

Salah satu ciri paling menonjol yang diumumkan adalah skrin utama bersaiz 15.4-inci di tengah papan pemuka. Skrin ini hadir dengan resolusi 2.5k. Memberikan paparan yang tajam dan jelas—sama seperti model kembar eMas 7 di pasaran China, Geely Galaxy E5. 

Ciri ini pastinya menarik perhatian bagi mereka yang mengutamakan teknologi moden dan paparan berkualiti tinggi dalam kenderaan mereka.

Bahagian Pemandu

Untuk pemandu, eMas 7 juga dilengkapi dengan skrin instrumental digital bersaiz 10.2-inci, yang memaparkan segala informasi penting semasa pemanduan. Dengan paparan yang besar ini, pemandu dapat memantau maklumat pemanduan dengan mudah tanpa perlu mengalihkan fokus terlalu lama dari jalan raya.

Sistem Bunyi

Selain paparan skrin, Proton juga mengumumkan bahawa eMas 7 hadir dengan sistem bunyi premium Wanos yang dilengkapi 16 pembesar suara. Dibekalkan oleh Flyme Sound. 

Sistem ini, yang turut digunakan dalam Geely Galaxy E5, dijangka memberikan pengalaman audio yang luar biasa dengan bunyi yang lebih jelas dan seimbang. 

Menariknya, pembesar suara ini juga diletakkan di dalam perehat kepala tempat duduk, memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam kepada penumpang.

Ciri-ciri canggih ini datang daripada teknologi Flyme Auto yang dibangunkan oleh Meizu, jenama telefon pintar milik Geely. Proton mendakwa sistem ini memberikan antaramuka pengguna yang sangat intuitif. Seolah-olah menggunakan telefon pintar, sesuatu yang bakal meningkatkan lagi pengalaman pengguna dalam kenderaan ini.

Bagi pasaran Malaysia, Proton memberikan sentuhan tersendiri dengan menggunakan tema warna hitam sepenuhnya untuk bahagian dalam kabin. 

Ini berbeza dengan warna ‘light cream’ yang digunakan pada Geely Galaxy E5 di China dan lebih sesuai dengan citarasa pengguna tempatan serta keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

Prestasi

Di bawah hud, Proton eMas 7 menggunakan motor elektrik tunggal dengan kuasa 218 PS dan tork 320 Nm, memacu roda hadapan dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat. Prestasi ini cukup mengagumkan untuk sebuah SUV EV, membuktikan bahawa eMas 7 bukan sahaja mesra alam tetapi juga bertenaga.

Proton juga menyesuaikan eMas 7 untuk keperluan pemanduan di Malaysia. Salah satu ciri yang menarik adalah keupayaan kereta ini meredah air sehingga 400 mm. Lebih dalam berbanding Geely Galaxy E5. 

Ini menjadikannya lebih sesuai untuk mengharungi musim tengkujuh yang kerap melanda Malaysia.

Di samping itu, talaan suspensi eMas 7 turut disesuaikan untuk keselesaan di jalan raya tempatan, memberikan pemanduan yang lebih stabil dan selesa.

Dengan semua ciri menarik ini, Proton eMas 7 kelihatan bersedia untuk menawan hati pengguna Malaysia yang menginginkan sebuah EV yang berprestasi tinggi. Berteknologi canggih dan sesuai untuk keperluan tempatan.

Dari PaulTan

Baca Juga PROTON Anjur Kempen Vaganza Akhir Tahun!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply