L’Oréal Paris Perkenal Formulasi Terbaru Melasyl Menerusi ‘Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum’ Dalam Acara ‘House of Science’

Baru-baru ini, L’Oréal Paris memperkenal produk inovasi terbaru iaitu Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum yang diformulasi semula dan kini menampilkan ramuan MELASYL, dalam satu acara istimewa di Sunway Pyramid pada 17 Oktober semalam.

Membawa konsep ‘House of Science’, acara yang dijalankan selama seminggu ini mencerminkan dedikasi L’Oréal Paris terhadap inovasi kecantikan, menunjukkan bagaimana kemajuan inovatif mampu memperkasakan para individu untuk mendukung jati diri mereka yang unik.

Selain itu, menerusi L’Oréal Paris House of Science, orang ramai berpeluang menyertai pameran interaktif, menyaksikan demonstrasi secara langsung, dan mendengar panel perbincangan bersama pakar serta peminat penjagaan kulit terkemuka.

Perbincangan tentang MELASYL, termasuk mitos yang berkaitan serta solusi moden dalam penjagaan kulit. Pengunjung berpeluang memahami sains di sebalik ramuan ini dan melihat sendiri bagaimana inovasi L’Oréal Paris menetapkan penanda aras baharu dalam industri kecantikan.

“MELASYL bukan sahaja mencerminkan inovasi terkini kami, tetapi juga memperkukuhkan komitmen untuk memperkasakan individu dengan solusi yang efektif dan mudah diakses. Menerusi MELASYL, kami ingin menyuntik keyakinan dengan memberikan hasil yang boleh dinikmati oleh semua, kerana kecantikan harus bersifat inklusif dan sejajar dengan slogan kami, ‘because you’re worth it’,” ucap Jaren Ong, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris Malaysia-Singapura semasa majlis pelancaran L’Oréal Paris House of Science.

Bercakap mengenai serum Glycolic Bright Anti-Dark Spot yang dipertingkatkan ini menggunakan MELASYL, ramuan revolusioner hasil kajian selama lebih 18 tahun. Ia terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 77% tompokan hitam dalam masa 8 minggu.

Dalam pada itu, formulasi inovatif ini turut menggabungkan kebaikan niasinamida, terkenal dengan sifat anti-keradangannya bersama asid glikolik dan membuktikan keberkesanannya dalam menangani pelbagai masalah pigmentasi, termasuk kesan jerawat, tompok penuaan, dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Walau bagaimanapun, menurut Pengarah Saintifik L’Oréal Paris SAPMENA, Dr. Richard Betts berkata pengguna akan dapat melihat kesan yang lebih baik dalam tempoh satu minggu dan di minggu keempat dengan penggunaan konsisten, tompokan hitam dan tona kulit juga akan lebih sekata.

“Ini antara tip yang boleh saya kongsi kepada anda, pastikan anda gunakan krim pelindung UV matahari sekurangnya empat kali dan gunakan serum Glycolic Bright Anti-Dark Spot pada siang dan malam untuk lihat keberkesanan yang lebih baik”

“Jika dibandingkan pendedahan cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin telefon atau sebarang gajet elektronik lain. Saya lebih bimbang jika anda lebih terdedah kepada sinaran UV kerana kesan pigmentasi akan lebih cepat terlihat di permukaan kulit anda,” jelasnya ketika di temubual Remaja dalam acara yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

House of Science turut disertai oleh peneraju industri, wakil media yang bersama-sama meraikan era baharu dalam inovasi penjagaan kulit.

Ia akan berlangsung sehingga 20 Oktober 2024 di Orange Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mempelawa anda untuk meneroka dunia kecantikan berinovasi. Temui sains di sebalik MELASYL dan ikuti perjalanan kecantikan bersama L’Oréal Paris!

Terdapat banyak aktiviti lain dan istimewa pada hujung minggu ini beberapa artis jemputan seperti Azrel Ismail, Riena Diana, Jack Gohr, Lisha Ho, Chang Le and Lizz Chloe turut memeriahkan acara ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply