Keluar pagi wangi, bila balik bau macam-macam. Agaknya apa sebabnya anak-anak yang baru pulang dari sekolah, pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan di badan mereka?
Mak-mak mulalah buntu memikirkan sebabnya malah tertanya-tanya dengan keadaan ini.
Menurut perkongsian dari Dr.WanShare di laman Instagramnya, sebab pertama perkara ini berlaku adalah perubahan hormon dalam tubuh anak-anak terutama ketika mereka mula meningkat remaja. Ini boleh menyebabkan kelenjar keringat mereka bekerja dengan lebih keras.
Kelenjar keringat apokrin yang terletak di kawasan berbulu seperti ketiak mula mengeluarkan lebih banyak keringat ketika mereka aktif sepanjang hari.
Keringat atau peluh ini apabila bertemu dengan bakteria di kulit, akan menghasilkan bau yang kurang nyaman!
Sebab kedua adalah, aktiviti fizikal yang berlebihan di sekolah seperti berlari, bermain dan kelas tiada pendingin hawa akan membuatkan mereka berpeluh dengan lebih banyak. Peluh yang terkumpul dan tidak segera ditukar bajunya sudah semestinya menyebabkan bau yang kurang enak.
Sebab ketiga menurut doktor adalah, diet atau pemakanan anak-anak juga menjadi faktor kenapa badan mereka berbau. Makanan tertentu terutamanya bawang putih dan rempah boleh menyumbang kepada bau badan yang dipecahkan oleh tubuh.
Selain itu, jenis kain baju sekolah yang kurang menyerap peluh pun menyebabkan bakteria mudah membiak dan seterusnya menghasilkan bau aneh pada anak-anak.
*Oleh itu jalan penyelesaianya adalah mak-mak kena pastikan anak menggunakan pewangi badan atau deodoran yang bersesuaian untuk mengurangkan masalah bau ini. Baju yang sudah digunakan pun mesti cepat-cepat basuh supaya tak bau kepam!
Menarik: “Kalau Ada Rezeki Tahun Depan”, Mira Filzah Mahu Tambah Anak Kedua!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.