Anak ibarat kain putih, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencoraknya. Malah, tugas untuk membentuk anak yang normal itu sememangnya tidak begitu mudah.
Apatah lagi jika diuji memiliki anak ‘istimewa’ seperti pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi.
Bagaimanapun, sebagai ibu tinggi harapan Oki, agar anak keempatnya Sulaiman Ali Abdullah yang ditakdirkan lahir dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi hamba Allah yang rajin membaca Al-Quran.
Oki Mahu Sulaiman Dalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa, semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
Oki Komited Bagi Sepenuh Perhatian Didik Sulaiman
View this post on Instagram
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman, saya anggap kurniaan Allah ini sebagai ujian agar mendidik saya menjadi hambanya yang sabar dan lebih tabah,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Kosmo & Instagram Oki Setiana Dewi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.