6 tahun jaga suami terlantar parah akibat kemalangan, isteri diuji pasangan berkahwin lain. Pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu berakhir dengan kesedihan apabila selepas sihat, suami bertindak berkahwin lain.
Luahan seorang isteri, Nurul Syazwani di media sosialnya meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah bekas suaminya, Muhammad Syahmi bin Yusof bertindak berkahwin lain selepas sembuh dari kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Terengganu enam tahun lalu.
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan
Menulis caption, “Tahniah suami. Moga bahagia dengan pilihan hati awak. Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya” katanya yang memaparkan gambar persandingan suaminya dan perempuan lain.
Dan selepas kisahnya terkongsi, Nurul Syawani menulis ” terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun + 2 tahun PJJ sebelum accident. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baru.
Kini Isteri Ditinggal Demi Perempuan Lain
Dari perkongsian ini ramai menzahirkan rasa geram dan ada yang bersedih tentang pergorbanan isteri yang disia-siakan. Isteri yang sanggup menjaga hingga suami pulih, isteri yang sanggup meminta ditukarkan untuk menjaga suami yang sakit namun akhirnya selepas sembuh,suami memilih perempuan lain untuk bahagia.
Mingguan Wanita cuba untuk menemuramah Nurul Syazwani namun dirinya menolak dengan baik. Mereka baru saja berpisah minggu lalu dan minggu ini, suaminya bertindak berkahwin lain.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dirinya memohon agar tiada kecaman dibuat kerana bekas suaminya seorang yang baik sebelum ini.
Tulisnya, Assalamuaikum. Saya minta maaf terpaksa tolak untuk di interview kerana saya perlukan masa bertenang. Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik & saya juga telah buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.
“Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya & anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu. Ujian ini bukan hanya untuk saya tapi juga dia juga.
Mohon jangan kecam yer kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami. Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.Doakan yang terbaik untuk kami, Salam sayang buat semua♥️♥️♥️
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri Sedih Suami Berkira, Pisang Goreng RM6 Suruh Bayar Separuh Sebab Dah Beri Nafkah RM400 Sebulan
Isteri Sedih, Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah
Bekas Suami Buruk Siku, Tuntut Barang Kemas Hadiah Kahwin Bengang Gaji Kena Potong Nafkah Anak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.