Seorang guru di Sabah, Cikgu Jumat Mat Salleh, berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai pelajar yang datang ke sekolah dengan kasut lusuh, kotor, dan koyak.
Video yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggambarkan perasaannya ketika bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Murid Jalan Kaki 6KM Ke Sekolah Ditemani Bapa Setiap Hari, Hafiz Mahamad Hadiahkan Motosikal Baharu
Pada mulanya, beliau berasa marah melihat pelajar tersebut namun perasaannya berubah selepas mendengar penjelasan pelajar itu mengenai keadaan kasutnya.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,’” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi! Murid Tahun 6 Berjalan Kaki 6KM Ke Sekolah Ditemani Bapa Setiap Hari Raih Perhatian!
Menyedari situasi tersebut, Cikgu Jumat bersama beberapa guru lain mengambil inisiatif untuk membawa pelajar itu ke Pekan Kunak, Sabah, bagi membeli stokin dan kasut baharu.
Pelajar itu memberitahu bahawa ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke pekan tersebut.
Dalam pada itu, Cikgu Jumat memberikan pesanan kepada pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Esok bila sudah berjaya, kamu boleh bantu lebih ramai orang,” katanya sambil memeluk pelajar berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Cikgu Jumat
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.