Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Boleh Jadi Baja “POWER” Untuk Tanaman!

Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Boleh Jadi Baja “POWER” Untuk Tanaman! Kebiasaannya bila siang udang, kulit dan kepala udang kita buang begitu sahaja, ataupun dijadikan ‘stok’ penambah rasa menyedapkan lagi masakan.

Rupanya selain digunakan dalam masakan, kepala dan kulit udang ini juga boleh dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman sebagai antibodi menguatkan pokok dan membantu melawan jangkitan fungus.

Nak tahu caranya bagaimana buat baja dengan kulit dan kepala udang ni, boleh rujuk perkongsiaan daripada Azuan Abdullah ini.

Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power tau. Ada 3 cara nak buat baja kepala udang/kulit udang ni.

1. Rebus Kepala Udang

Yang paling mudah, kita rebus kepala udang tu hingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk. Asingkan air dan kepala. Air tu boleh siram terus atau nak simpan pun boleh.

Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram tu kena buat pencairan dulu ya. Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah ya.

2. Sangai/ Jemur

Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang tu. Kita sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Lepas tu tumbuk atau blender. Yang ni lagi power dari cara no 1. Boleh simpan lama buat macam ni.

3. Peram Gula Merah

Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos je hingga air kering. Lepas tu peram dengan gula merah.

Lepas sebulan, tapis ambik airnya sahaja. Air ni memang padu sangat buat sembur kat pokok. Pokok cili kalau kena air ni, dia punya antibodi tu jadi kuat tau.

Nak guna kena tambah air 2-5 ml untuk 1 liter air bergantung pada umur pokok.

Info Ekstra!

  • Kulit udang memang bagus sebab mengandungi citosan. Pokok yang sakit cepat pulih.

Semoga Bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

IMPIANA: Menarik juga buat baja organik daripada kulit dan kepala udang ni. Sebelum ni selalu guna kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras dan ikan, jadi boleh cuba kulit dan kepala udang pula nanti. Semoga pokok makin sihat dan subur hendaknya.

Sumber: Azuan Abdullah

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply