Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Kelab Bola Sepak Amatur, Carabat FC!

Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor.

Perkhabaran itu disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.

ARTIKEL BERKAITAN : “Baba Adalah Orang Yang Paling Gembira…” -Dedikasi Sharnaaz Ahmad Buat Jebat Jayden Undang Sebak Netizen

“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.

“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.

“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.

Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.

Untuk rekod, aktres popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada 2018.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Carabat FC


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply