Banyak Khasiat Pijak Batu REFLEKSOLOGI Tapi Pastikan Teknik Betul!

Refleksologi pijak batu adalah satu bentuk urutan di mana seseorang memijak batu-batu kecil yang disusun dengan cara tertentu, yang bertujuan untuk merangsang titik-titik refleks di tapak kaki.

Menerusi perkongsian di laman TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Urut, dia ada mendedahkan bahawa batu refleksologi di taman boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipijak dengan betul.

Batu REFLEKSOLOGI Batu REFLEKSOLOGI

Hal ini kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu tentang pengunaan betul batu refloksologi ini. Jika salah langkah, boleh bahayakan kesihatan!

Jelas pemuda itu, sekiranya ingin memijak batu refleksologi yang ada disediakan di taman, pastikan pijak mengikut urutan iaitu dimulakan dengan batu besar terlebih dahulu.

Setelah anda selesa memijak batu besar tersebut, boleh tukar kepada batu lain sehinggalah batu kecil. Sekiranya anda memijik batu refleksologi dengan cara salah, ia boleh mendatangkan bahaya.

“Bila nak pijak batu refleksologi ini, cari batu yang besar dulu dan rapat-rapat. Bila dah selesa pijak batu besar, baru boleh pergi tukar batu yang sedikit jarak dan kecil.

“Mula-mula memang akan rasa sakit. Bila dah selesai pijak batu tadi, boleh tukar kepada batu kecil dan lebih sakit. Pastikan jalan perlahan-lahan sahaja,” katanya.

Dia juga memberitahu bahawa memijak batu refleksologi dengan berperingkat adalah amat penting terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis.

“Nak pijak batu refleksologi ini kena berperingkat. Jangan terus pijak batu kecil kerana ia sangat membahayakan terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis,” jelasnya.

Cara Betul Melakukan Refleksologi Pijak Batu

Walaupun refleksologi pijak batu kelihatan mudah, adalah penting untuk memastikan teknik yang betul digunakan supaya tidak menyebabkan kecederaan. Berikut adalah beberapa tip penting:

  1. Mulakan Dengan Perlahan Untuk pemula, mulakan dengan perlahan. Jangan teruskan dengan tekanan yang kuat. Mulakan dengan berjalan di atas batu-batu dengan perlahan dan elakkan menekan terlalu kuat. Tubuh anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
  2. Pastikan Permukaan Batu Sesuai Pilih permukaan batu yang tidak terlalu kasar atau tajam. Batu yang bulat dan halus adalah lebih sesuai untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada tapak kaki.
  3. Gunakan Masa yang Sesuai Lakukan refleksologi ini selama 10 hingga 15 minit sehari. Jangan terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan tapak kaki menjadi terlalu tegang atau sakit.
  4. Kekalkan Postur Tubuh yang Betul Pastikan postur tubuh anda betul ketika melakukan refleksologi pijak batu. Jangan bongkokkan badan, dan pastikan tekanan disebarkan secara rata ke seluruh tapak kaki.
  5. Konsisten untuk Hasil Maksimum Untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum, konsistensi adalah kunci. Lakukan refleksologi pijak batu ini sebagai rutin harian, sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu.

Khasiat Refleksologi Pijak Batu Untuk Lelaki

  1. Meningkatkan Peredaran Darah Lelaki yang sering aktif atau bekerja dalam posisi berdiri lama boleh mendapat manfaat dari refleksologi pijak batu. Tekanan pada tapak kaki boleh membantu melancarkan aliran darah, terutama ke bahagian kaki, dan mengurangkan rasa kebas atau kesakitan.
  2. Meringankan Tekanan dan Kebimbangan Lelaki yang menghadapi tekanan di tempat kerja atau kehidupan seharian boleh menggunakan refleksologi pijak batu sebagai cara untuk melegakan tekanan. Titik-titik refleks pada tapak kaki berkait rapat dengan sistem saraf yang dapat membantu tubuh untuk lebih relaks.
  3. Mengurangkan Sakit Otot dan Sendi Aktiviti fizikal seperti bersenam atau bekerja berat boleh menyebabkan otot dan sendi menjadi tegang. Refleksologi membantu meredakan ketegangan ini dengan memulihkan keseimbangan tenaga dan membantu pemulihan otot-otot yang tegang.
  4. Meningkatkan Kualiti Tidur Kajian menunjukkan bahawa refleksologi mampu membantu dalam meningkatkan kualiti tidur. Dengan merangsang titik-titik tertentu di tapak kaki, lelaki yang sering berhadapan masalah tidur boleh mendapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.

Meningkatkan Sistem Imun Pijak batu juga dikatakan mampu merangsang sistem imunisasi badan. Dengan mengaktifkan titik-titik refleks, tubuh dapat memperkuatkan pertahanan semula jadi dan mengurangkan risiko penyakit.

Sumber: TikTok Cikgu Urut

BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply