Masih Ada Rezeki Rasa Air Tangan Ibu & Ada Anak Bijak, Bahagianya Kehidupan Betty Rahmad!

Untung Betty Rahmad masih dikurniakan rezeki untuk menjaga ibu tersayang dan dalam masa sama berpeluang menikmati air tangan ratu hati kesayangan yang dikenali sebagai Mak Semah. Menerusi perkongsian di media sosial Betty, jelas terserlah keakraban ibu dan anak ini. Terbaharu, Betty mengumumkan satu lagi produk keluarannya iaitu Biskut Kelapa Che Semah.

Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad meskipun sudah bergelar ibu dan isteri namun Mak Semah tetap rajin melayan kemahuan anak yang menginginkan masakan ibu. Macam-macam lauk tradisi disediakan Mak Semah untuk Betty.

Antaranya Asam Pedas Pucuk Ubi, Kerabu Pucuk Paku Kerang termasuklah kuih tradisi, Gertas.

Setiap kali Mak Semah masak, pasti adik kepada Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini merakamkan momen bahagia tersebut. Terhibur tengok telatah Mak Semah dan Betty bila di dapur.

Paling menarik perhatian apabila selebrit berusia 43 tahun berkenaan membawa ibunya ke tempat kegemaran.

“Mencuri hati syurgaku. Che Semah ni ajak pergi shopping mall tak nak, kedai emas tak nak, semua dia tak berminat. Satu je tempat yang boleh buat dia happy dan excited nak pergi, Pasar Chow Kit. Dari dulu sampai sekarang.

I record semua dan simpan sini, sebab satu hari nanti one of us akan tengok balik video dan rindu momen ni. Selagi ada kita hargai orang tua kita, layankan kemahuan mereka dan dengarkan rintihan / cerita-cerita mereka, walaupun cerita yang sama diulang-ulang.

Alhamdulillah atas nikmat bersama Che Semah yang masih kuat dan sihat di usia 76 tahun. Doakan ibu saya diberi kesihatan yang baik dan panjang umur.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Selain diberi nikmat seorang ibu yang penyayang, Betty Rahmad juga bertuah dikurniakan seorang anak lelaki sebagai penyejuk hati. Ardy Wira yang kini berusia lima tahun seorang anak bijak dan memiliki akhlak yang baik.

Menerusi salah satu posting Betty baru-baru ini, Wira menerima pengiktifaran atas kejayaannya dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik di pusat akademik Kumon.

Dalam temu bual Nona bersama Betty sebelum ini, dia yang juga usahawan perlu bijak membahagikan masa di antara keluarga dan bisnes.

“Saya akui memang struggle dan mencabarlah. Tapi bila kita biasa dan tahu niat kita, inshaAllah semua dipermudah. Cuma kena pandai manage your time. Kunci utama untuk sukses is, manage your time and tahu your priority.

My priority memang anak dan suami. Apa pun saya akan kena utamakan mereka sebab kita wanita dan ibu serta isteri, memang priority family. Tapi at the same time kalau saya nak pergi kerja, saya kena manage time. Macam mana nak bahagi masa untuk anak, untuk suami.”

Betty Rahmad mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.

Artikel https://www.nona.my/tok-mama-gorgeous-usia-60-tahun-puan-sri-normala-samsudin-tetap-cantik-ikon-wanita-melayu/

Betty kini ligat mengusahakan bisnes makanan Betty’s berupa aneka perisa sambal yang dijual di pasar raya besar terpilih.

 


Posted

in

, , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply