BYD M6
BYD M6 2024 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Sime Darby Beyond Auto. M6 menjadi model keempat kenderaan elektrik (EV) BYD yang diperkenalkan di sini.
MPV elektrik ini ditawarkan dalam dua varian. M6 Standard dengan harga RM109,800 dan M6 Extended pada RM123,800. Berbeza dengan pasaran serantau seperti Indonesia dan Thailand, hanya konfigurasi tujuh tempat duduk tersedia di Malaysia.
MPV ini berukuran 4,710 mm panjang, 1,810 mm lebar, dan 1,690 mm tinggi. Dengan jarak roda sepanjang 2,800 mm. Dimensinya lebih hampir kepada Toyota Innova Zenix berbanding Veloz. Menjadikannya pilihan yang menarik dalam segmen MPV.
Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk, bahagian hadapan M6 tampil dengan rupa yang lebih tajam, dilengkapi bar perak penuh yang menghubungkan lampu LED projektor multi-elemen. Bahagian belakang pula menampilkan lampu belakang yang penuh lebar serta lencana BYD yang lebih minimalis.
Varian M6 Standard dilengkapi dengan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 55.4 kWh. Ia menggerakkan motor elektrik depan dengan kuasa 163 PS (120 kW) dan tork 310 Nm.
MPV ini mampu mencapai jarak pemanduan sejauh 420 km (NEDC) dan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat.
Varian M6 Extended pula menggunakan bateri 71.8 kWh yang memberikan jarak pemanduan sehingga 530 km (NEDC) dan kuasa yang lebih tinggi pada 204 PS (150 kW). Varian ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat. Kedua-dua varian mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.
Jarak Gerak
Dalam penggunaan sebenar, jarak pemanduan NEDC ini mungkin lebih dekat kepada 360 km untuk varian Standard dan 450 km untuk Extended. Mengikut piawaian WLTP.
Walau bagaimanapun, dengan bateri LFP, pengguna boleh mengecas sehingga 100% tanpa perlu risau tentang kemerosotan bateri, membolehkan pemanduan penuh setiap kali.
Dari segi pengecasan, varian Standard menyokong pengecasan DC pantas sehingga 89 kW manakala Extended boleh menerima sehingga 115 kW. Mengambil masa sekitar 40 minit untuk mengecas dari 10% hingga 80%. Pengecasan AC pula dihadkan kepada 7 kW untuk kedua-dua varian.
Ruang Dalaman
Bahagian dalaman M6 mengekalkan susun atur asas model E6 tetapi dengan beberapa perubahan seperti skrin paparan tengah yang kini bersaiz 12.8 inci dan boleh diputar secara elektrik, sama seperti model Dolphin.
Varian Standard didatangkan dengan tempat duduk kulit tiruan, sistem audio enam pembesar suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Serta fungsi karaoke dengan mikrofon pilihan.
Varian Extended menambah ciri seperti bumbung kaca panorama. Tempat duduk hadapan berventilasi yang boleh dilaraskan secara elektrik. Pengecas tanpa wayar dan pintu belakang berkuasa.
Ciri Keselamatan
Kedua-dua varian juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, dan kamera 360 darjah. Varian Extended turut mempunyai ciri bantuan pemandu canggih seperti brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif, dan amaran lintasan trafik belakang.
Warna M6
BYD M6 hadir dalam empat warna luaran iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black, dan Harbour Grey. Dengan dalaman berwarna hitam/coklat. Kenderaan ini didatangkan dengan jaminan enam tahun atau 150,000 km untuk kenderaan. Jaminan bateri lapan tahun atau 160,000 km serta jaminan unit pacuan lapan tahun atau 150,000 km.
Dari PaulTan
Baca Juga Honda Prelude Bakal Kembali dengan Transmisi Manual?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.