Kieran Dedah Hidap Kanser Prostat – “Dah Merebak Ke Perut & Paru-Paru..”

Bekas penyampai radioKieran, 49, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Sedih pula mendengar khabar terbaru yang deejay kesayangan ramai itu sedang menerima di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Memetik Berita Harian, kanser itu katanya sudah mula merebak pada organ lain.

“Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di HKL di wad Jabatan Onkologi.

“Kanser ini sudah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat buat rawatan penuh,” katanya.

Kieran yang aktif sebagai pengacara terpaksa menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.

“Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.

“Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan,” katanya.

Kini bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau kesihatannya.

TANDA-TANDA KANSER PROSTAT

Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.

  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak

Semoga Kieran kuat dan kembali sihat dari kanser Prostat ini.

BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply