Elemen Penting Wujudkan Landskap Indah Di Laman Rumah

Memiliki halaman rumah dengan hiasan lanskap yang indah tentunya menjadi impian bagi setiap pemilik kediaman. Seronoknya apabila dapat bersantai-santai bersama keluarga di halaman rumah yang dihias indah dengan hiasan pokok-pokok, bunga-bungaan serta binaan air terjun buatan bersaiz kecil dilengkapi dengan kolam ikan. Umpama taman mini, memang cukup damai dan menenangkan.

Tak kiralah mempunyai ruang keluasan yang terhad atau lapang, ia tidak menjadi halangan kepada pemilik kediaman untuk mewujudkan landskap indah di laman. Namun demikian, ada beberapa aspek dan elemen penting yang perlu diambil kira jika ingin mewujudkan landskap indah di laman rumah.

1.Tak Bermaksud Pokok Serimbun

Antara salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman. Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.

Apatah lagi jika pemilik kediaman tidak mempunyai banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik adalah landskap laman dengan gaya minimalis Scandinavian.

Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.

 

2. Rumput Pilihan

Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih menenangkan. Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.

Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.

Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.

Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.

Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.

3. Elemen Air Lengkapi Laman

Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!

Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!

Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.

4. Rimbunan Hijau Taman Bali

Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali. Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.

Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:

– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.

5. Taman Zen

Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti. Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.

Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan
(Kanso) dan Kecekinan (Koko).

Mesti Baca:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Baca Lagi Di Sini: Nak Tanam Pokok Dalam Kolam? Ini Jenis Water Plants Yang Sesuai
Artikel Menarik:“Teratak NEN’Da” Estetika Rumah Kampung Berkonsep ‘English Cottage’ Milik Pelakon Khaty Fauziah

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam mewujudkan landskap laman yang impian buat setiap pemilik kediaman.

Sumber: Minah Kontraktor

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply