Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Naik Sleeper Train Ke Kelantan

Ada tak yang teringin nak naik sleeper train ke Kelantan? Pernah rasa naik ‘sleeper train’ dalam Malaysia?

Haaa… jom baca perkongsian saudara Hazwan Hafiz sepanjang dia berada dalam train ke sana, apa yang menarik dan berapa kosnya?

Naik Sleeper Train Ke Kelantan

Ini merupakan pengalaman kali pertama abang menaiki train di Malaysia dengan jarak masa perjalanan melebihi 12 jam ke negeri Pantai Timur secara solo.

Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah ‘Ekspres Rakyat Timuran’ atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “The Jungle Train” Malaysia.

Kenapa ia dinamakan ‘Jungle Train’ Malaysia ?

Sebab sepanjang perjalanan kita akan menikmati pemandangan hutan belantara merentasi banjaran Titiwangsa merentas kawasan kampung & hutan hujan tropika yang sangat indah.

Korang kalau takda idea nak travel mana hujung tahun boleh cuba naik keretapi ni dari KL ke Kota Bharu, Kelantan!

Meh abang kongsikan sikit panduan perjalanan menaiki Ekspres Rakyat Timuran dari KL ke Kelantan.

Untuk pengetahuan, trip ini dibahagikan kepada dua bahagian:

➡️ Bahagian 1 : KL Sentral ke Gemas dengan ETS

➡️ Bahagian 2 : Gemas ke Kota Bharu (Stesen Wakaf Bharu) dengan Ekspres Rakyat Timuran

⏩ Bahagian 1 : KL Sentral ke Gemas (ETS)

– Tren ETS bertolak dari KL Sentral jam 9.40 malam

– Sampai di Gemas 12.00 a.m

– Masa perjalanan = 2 ½ jam

– Tambang : RM30 sehala (KL Sentral – Gemas)

⏩ Bahagian 2 : Gemas – Wakaf Bharu (Ekspres Rakyat Timuran)

– Tren Ekspress Rakyat Timuran bertolak jam 1.20 pagi

– Sampai di Kota Bharu 12.00 tengahari

– Masa perjalanan +/- 11 jam

– Tambang : RM 23 Katil Bawah ( Harga biasa RM46)

Sampai di Stesen Wakaf Bharu, kita boleh je naik Grab ke bandar Kota Bharu. Tak jauh mana dah. Tambang lebih kurang RM10 sahaja.

Tiket tren boleh dibeli secara online melalui laman web atau aplikasi KTMB. Rajin-rajinlah menyemak promosi yang ditawarkan pihak KTMB selalu.

Abang dapat tiket dengan separuh harga (diskaun) dari harga asal RM46, dapat beli dengan harga cuma RM23.

Destinasi terakhir Ekspres Rakyat Timuran adalah stesen Tumpat, Kelantan sebelum keretapi akan berpatah balik untuk menuju semula ke Johor Bahru.

Antara lokasi menarik yang korang boleh turun selain di Kota Bharu adalah seperti di Dabong yang kaya dengan tarikan air terjun & alam semula jadi.

Kalau sudah sampai, anda boleh ambil grab jika tiada kenalan di Kelantan. Dan tersu pusing negeri Cik Siti Wan Kembang. Pasti akan memberikan pengalaman berbeza untuk anda.

Nanti nak balik raya dengan train pun, menarik. Jangan lupa cuba, ya!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply