Selepas Lima Tahun Jalani Rawatan IVF, Fila Amir Syukur Disahkan Hamil!

Lima tahun menanti zuriat sendiri, pempengaruh media sosial, Fila Amir akhirnya disahkan hamil selepas menjalani persenyawaan in vitro (IVF).

Menerusi video yang dikongsi Fila Amir dan suaminya, Adama, momen indah itu sempat dirakamkan kedua mereka ketika mendengar keputusan daripada pihak doctor.

Baik Fila dan suami dilihat cukup berdebar menanti keputusan dari doktor.

“Bismillah. Berdebar-debar. Hari yang kami tunggu-tunggu, excited dan nervous.

“Dalam hati yakin InshaAllah Allah makbulkan doa kami kali ni, nak seronok tapi dalam masa yang sama, lowkey masih ada ‘trauma’ dari kegagalan yang lepas.

“Takut tapi excited nak dengar apa yang keluar dari mulut doktor. Habis segala doa dibaca. Tapi kami bertawakkal kepada Allah dengan segala apa pun,” ujarnya.

Keduanya dilihat berpelukan selepas doktor memaklumkan khabar gembira itu kepada mereka yang menanti setelah sekian lama.

“Alhamdulillah ya Allah dengan rezeki yang diberi. Doakan yang baik-baik untuk kami selalu InshaAllah. Terima kasih yg selalu doakan juga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut mengucapkan tahniah bahkan turut mendoakan pasangan ini agar dipermudahkan segalanya hingga detik melahirkan kelak.

Terdahulu Fila atau nama sebenarnya, Nurafilah Amir Rusdi telah mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea.

Pasangan ini pernah mencuba rawatan IVF ini sebelum ini namun mengalami kegagalan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Afilah Amir Rusdi (@filaamir)

Menarik: “Kalau Ada Rezeki Tahun Depan”, Mira Filzah Mahu Tambah Anak Kedua!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply