“Saya Masih Mencuba & Berusaha” Tampil Bertudung, Ramai Titip Doa ARA JOHARI Kekal Istiqamah

Penyanyi bersuara lantang, Ara Johari meraih perhatian warganet apabila tampil manis menutup aurat dalam sebuah perkongsian di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ara telah memuat naik foto hitam putih memaparkan dirinya bersama kucing kesayangan bernama Bubu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Ara menitipkan ucapan Ramadan buat seluruh umat Islam.

Penampilannya itu meraih tumpuan para pengikutnya yang sopan mengenakan jubah dan hijab berwarna hitam.

Memetik perkongsian Ara kepada BH Online, dia mengakui dirinya kini sedang cuba menyesuaikan diri dengan imej berhijab dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari niat utamanya ialah bagi menghormati bulan Ramadan serta majlis-majlis berbuka puasa yang dihadiri.

Saya bertudung kerana menghormati majlis dan imej ini sesuai dengan majlis yang dihadiri. Nak cakap saya bertudung sepenuhnya, tak berani lagi,” kata Ara.

Pun begitu, Ara merasa bersyukur dan terharu apabila ramai memberikan respon positif serta berdoa agar dirinya istiqamah menutup aurat. Ara juga akui, dia masih mencuba dan berusaha untuk memakai tudung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa senang melihat penampilan Ara yang sopan. Malah, ada juga mendoakan Ara agar dikurniakan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.

“Alhamdulillah, ramai mendoakan dan saya taklah cakap saya tidak selesa (bertudung). Insha-Allah, tapi semua itu tak tahu lagi.

“Niat dah ada, tapi tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Disebabkan itu, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apa yang boleh saya cakap doakan baik-baik.”

 

Ara kini bergerak di bawah syarikatnya sendiri, 97 Entertainment sejak tamat kontrak bersama Rocketfuel pada 31 Januari 2024.

Kredit Foto: Instagram Ara Johari

 


by

Comments

Leave a Reply