Resipi Air Katira Original, Harum Semerbak Bau Daun Pandan, Tak Perlu Guna Pewarna Tiruan

Air katira original baunya harum dengan aroma daun pandan. Tanpa menggunakan sebarang pewarna tiruan, air katira sentiasa menjadi tumpuan ramai pada bulan Ramadan. Ada berbagai versi air katira namun air katira yang paling sedap dan mantap tentulah air katira versi Johor.

Resipi Air Katira Original, Harum Semerbak Bau Daun Pandan

Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat air katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat air katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar

*untuk versi air katira abu bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml

Inilah katira.

Tak Perlu Guna Pewarna Tiruan

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.

4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.

7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Artikel berkaitan: “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!

Cara Buat Air Katira Original Orang Johor, Ni Resipinya. Confirm Rasanya Sedap, Beraroma & Menyegarkan!

Comments

Leave a Reply