Suami tak mampu ‘bersama,’ isteri berhak mohon fasakh. Salah satu elemen penting dalam perkahwinan adalah hubungan suami isteri yang melibatkan keintiman fizikal. Hubungan ini bukan sahaja menjadi satu keperluan biologi, tetapi juga memperkukuhkan ikatan emosi dan psikologi antara pasangan.
Suami Tak Mampu ‘Bersama,’
Namun, apabila suami tidak mampu ‘bersama’ atau menjalankan kewajipan keintiman, ia boleh menimbulkan masalah dalam rumah tangga. Dalam keadaan sebegini, isteri berhak untuk memohon fasakh, iaitu pembubaran perkahwinan menurut undang-undang syariah.
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Salah satu sebab perkahwinan antara lelaki dan perempuan diberikan oleh Syarak adalah untuk pasangan itu bersuka-suka atau melahirkan zuriat. Maka, nafkah seorang suami keatas isteri itu bukan sahaja melibatkan nafkah zahir sahaja, tetapi hak nafkah batin.
Isu ini mungkin jarang berlaku. Biasanya lelaki jarang ‘miss’ Nafkah Batin, tapi selalu gagal atau culas nafkah zahir sahaja.
Tapi, ada juga dikalangan suami yang mempunyai masalah untuk bersetubuh dengan isteri.
Sama ada disebabkan faktor kesihatan ataupun mungkin ketiadaan nafsu lagi keatas isteri.
Isteri Berhak Mohon Fasakh
✅ Apakah Nafkah Batin ini semata-mata persetubuhan sahaja?
Tidak, jika mengikut tafsiran umum, nafkah batin ini meluas. Ia termasuklah layanan dan kata-kata yang baik oleh suami keatas isteri juga dikira nafkah batin.
Namun, dalam tafsiran untuk peruntukan Fasakh, nafkah batin hanyalah isu mengenai PERSETUBUHAN semata-mata. Ia tidak melibatkan kepada kegagalan suami berkata-kata baik atau melayani isteri dengan teruk. Jika ada caci maki sebagainya, ia tertakluk dibawah penderaan mental, bukannya gagal nafkah batin.
✅ Berapa lama tempoh kegagalan Nafkah Batin untuk isteri mohon fasakh?
Sekiranya suami gagal beri nafkah batin kepada isteri selama 1 tahun atau lebih, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh. Kegagalan itu mestilah disebabkan suami itu sendiri, dan bukannya datang daripada keengganan isteri.
Berbeza dengan nafkah zahir dimana suami yang gagal atau cuai menyediakan nafkah yang cukup kepada isteri selama 3 bulan sahaja, isteri berhak untuk tuntut Fasakh.
✅ Apakah yang perlu dibuktikan oleh isteri?
Jika isteri mendakwa bahawa dia tidak menerima Nafkah Batin lebih daripada 1 tahun, isteri mesti berikan keterangan terlebih dahulu yang dirinya tidak mempunyai sebarang permasalahan atau dihalang untuk bersetubuh. Misalnya masih datang haid atau mungkin tidak ada sebarang penyakit.
Jika isteri dakwa suami mempunyai masalah kesihatan misalnya suami mempunyai masalah kencing manis yang teruk sehinggakan dia tidak mampu untuk bersetubuh, maka beban keatas isteri untuk buktikan. Jika sebaliknya suami menafikan dakwaan tersebut, maka suami perlu buktikan yang dia sihat.
✅ Bagaimana jika suami yang enggan atau hilang lebih setahun?
Jika suami dengan sengaja enggan bersetubuh, selama satu tahun tersebut, maka Fasakh boleh disabitkan. Atau mungkin ada sesetengah keadaan, suami telah menghilangkan diri dan meninggalkan isteri lebih daripada satu tahun.
Namun, jika suami ada sebab seperti isteri mempunyai penyakit kelamin, maka dia berhak untuk tidak memberi Nafkah Batin. Misalnya isteri ada HIV, maka, tak wajar untuk berlaku persetubuhan jika memudaratkan kesihatan.
✅ Bagaimana jika suami tak bersetubuh, namun hanya ‘ringan-ringan’ sahaja?
Jangan gelak yer. Ini real tau. Ada suami yang tak bersetubuh, tapi dia keluarkan air mani diluar sahaja. Sebagai orang yang berkahwin, anda patut tahu hal ini kerana ini tak dikira nafkah batin.
Jika isteri tidak mendapat kepuasan kerana perbuatan tersebut, maka, ia boleh dianggap suami tidak memberi nafkah batin. Atau ada juga keadaan suami yang ‘berejakulasi pramatang’. Belum sempat bersetubuh, dah selesai.
✅ Tuan ada pengalaman kes macam ini ke?
Ya, pernah ada. Saya tidak mahu beritahu dimana. Tapi, antara alasan tuntutan Fasakh difailkan adalah disebabkan suami tersebut dikatakan gagal memberikan Nafkah Batin melebihi satu tahun.
Walaupun ada balik rumah dan sebagainya, suami tersebut mempunyai masalah mudah ereksi hingga terjadi ‘ejakulasi pramatang’ atau tak tahan lama. Antara sebabnya adalah masalah berat badan dan penyakit kencing manis.
Ada juga orang yang mempunyai masalah berat badan atau kencing manis masih mampu, namun, masalah ejakulasi pramatang ini satu masalah yang mungkin juga berlaku kepada mana-mana lelaki.
Bab ini mungkin sensitif, tapi kita perlu belajar dan tahu. Terutamanya yang sedang dalam perkahwinan atau mungkin yang bakal berkahwin.
Selain daripada soal bersetubuh, saya nak ingatkan sekali lagi, Nafkah Batin juga adalah layanan dengan kata-kata lembut dan baik kepada isteri. Jangan hanya pandai bersetubuh, tapi layanan batin lain ‘kelaut’. Seharusnya seiring.
Bergaullah dengan isteri dengan layanan dan kata-kata yang baik. Jaga soal Nafkah Zahir juga. Jangan kahwin kalau hanya pandai bagi Nafkah Batin sahaja.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Baca artikel lain juga: Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel Kerana Tuntut Fasakh, “Keluarga Dah Halang Jumpa Suami”
Mahkamah Syariah Lulus Tuntutan Fasakh Wanita Koma Dibelasah Suami, Jahidah Sah Bercerai
Isteri Boleh Tuntut Fasakh Jika Dapat Suami Dari Neraka Seperti Drama Aku Tanpa Cintamu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.