Berat pelakon lelaki, Adam Lee naik mendadak sampai 93kg selepas berumah tangga disebabkan makan tanpa kawalan sebelum ini.
Namun selepas perubahan mendadak, suami kepada Sweet Qismina ini terus mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal pengambilan gula dan bersukan.
Hasilnya memuaskan apabila dapat turunkan berat 20 kilogram dalam tempoh tertentu.
Bukan Kurus Sebab Sakit
Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, menafikan yang berat badannya turun bukan disebabkan menghidap sebarang penyakit atau pun sihir.
“Berat badan turun sebab kurangkan pengambilan gula sebab sebelum ini saya adalah pencinta makanan manis dan memang sangat dasyat. Daripada berat saya 93 kilogram (kg), kini hanya 74kg.
“Pengambilan nasi masih macam biasa cuma pencuci mulut sahaja saya kurangkan selain aktif dengan aktiviti sukan seperti futsal, muay thai.
“Saya tidak ada sebarang penyakit atau ‘sakit’ disebabkan orang hantar. Semua itu tiada. Diet ini saya lakukan sejak sebelum bulan Ramadan lalu kerana ingin jaga kesihatan dan berat badan lebih ideal,” katanya lagi.
Turunkan Berat Untuk Watak
Adam juga mengakui, antara sebab dia mahu menurunkan berat badan kerana ada produser yang menawarkannya watak bapa disebabkan penampilannya sebelum ini.
“Bila saya tengok balik saya berlakon semasa badan saya besar, memang sedih. Ada poduser yang tegur, kata nak bagi saya watak bapa-bapa. Kemudian dia kata, saya kena turunkan berat badan kalau mahu watak yang saya inginkan,” ujarnya.
Dalam masa sama, Adam juga mengakui pernah terleka daripada menjaga pemakanan sejak mendirikan rumah tangga dengan Sweet Qismina.
“Saya sebenarnya lepas kawin saya terlupa yang saya pelakon. Kemudian isteri tegur berat badan semakin naik selain melihat ramai pelakon lain sedang menjaga badan.
“Semua itu buat saya sedar dan terus ambil keputusan untuk dapatkan berat badan lebih ideal dan ‘fit’ seperti hari ini,” tuturnya.
Apa pun buat anda yang sedang gigih turunkan berat, jangan putus asa kerana anda mampu dapatkan hasil jika betul-betul kawan gula dan pemakanan.
Sumber Gambar: Adam Lee
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.