Berpisah bukan alasan Fazley Yaakob dan Azrene Soraya tak boleh makan bersama anak-anak. Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi, sosial, serta undang-undang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga anak-anak.
Berpisah Bukan Alasan Fazley Yaakob & Azrene Soraya Tak Boleh Makan Bersama Anak-anak
Dalam sesebuah perkahwinan, perceraian dianggap sebagai jalan terakhir apabila segala usaha untuk memperbaiki hubungan gagal. Bagaimanapun perceraian bukan alasan untuk hubungan kekeluargaan terjejas hingga anak-anak menderita.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkata biarpun dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka harmoni seperti keluarga.
“SAYA PERCAYA PERCERAIAN ITU TIDAK BERMAKNA BERAKHIR SEBUAH KASIH SAYANG. IA JUGA BUKAN BERERTI BERAKHIR HUBUNGAN KEKELUARGAAN. PERCERAIAN JUGA BUKAN BERMAKNA ANAK-ANAK PERLU MENDERITA DISEBABKAN PERPISAHAN.
“Ungkapan yang kami pegang adalah tidak semuanya pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.
“Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak faham serta hormat keputusan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada media.
Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob, 46, menambah sejak bercerai, tiada yang berubah.
“SAYA, AZRENE DAN ANAK-ANAK KELUAR PERGI MAKAN BERSAMA. SAYA ZIARAH AZRENE DAN KAMI TENGOK WAYANG BERSAMA.
“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami adalah suami isteri, tetapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti 18 tahun lalu ketika kami bersama.
“Anak-anak juga tidak berasa apa-apa kekangan mengenai hubungan antara saya dengan Azrene. Semuanya masih sama, kumpulan Whatsapp kami masih sama. Hendak jumpa pun masih bersama dan tempat makan pun serupa.
“APA YANG MEMBEZAKAN KAMI ADALAH PERHUBUNGAN YANG BUKAN LAGI BERLANDASKAN SUAMI ISTERI,” KATANYA.
Sementara itu, penyanyi Cerita Asmara itu mengucapkan terima kasih kepada media kerana memahami perasaan mereka sekeluarga dengan tidak menulis laporan yang boleh mencetuskan spekulasi.
“Terima kasih kerana melaporkan seadil-adilnya kisah dan kebenaran mengenai perpisahan kami ini,” katanya.
Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun.
Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun.
Fazley membuat kejutan apabila mengumumkan sudah pun bercerai dengan Azrene beberapa bulan lalu dengan tempoh edah sudah pun berakhir menerusi kenyataan media.
Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.
Sumber: Berita Harian Online Instagram Fazley Yaakob Instagram Azrene Ahmad
Baca artikel lain juga: Fazley Yaakob & Azrene Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin, Kekal Baik Walau Tak Sebumbung
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.