PU Riz Titip Peringatan Buat Wanita Tidak Tutup Aurat – “Dalam Agama Ada Bahagian Dipanggil Malu Dengan Dosa”

Islam sangat menjaga kehormatan wanita dan mengangkat tinggi nilai seorang wanita. Seorang wanita wajib menutup auratnya untuk memelihara dirinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 31.

PU Riz PU Riz

Perkara ini turut diingatkan oleh pendakwah selebriti, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tampil memberikan teguran buat para wanita yang tidak menutup aurat.Ujar suami kepada Neelofa ini, tidak wajar untuk seseorang itu menafikan tuntutan Allah S.W.T.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’, kita manusia tak lari dari kesilapan.

Tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

Kita semua pun buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tambahnya lagi, dia bukan berniat untuk menghukum mana-mana pihak namun hanya ingin memberikan peringatan secara terbuka.

Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan saja. Kalau rasa perasaan dan hati jadi sandaran semata-mata, memang akan binasa hidup ini. Syariat tuhan hadir bagi membimbing manusia.

Moga peringatan yang dikongsikan oleh PU Riz bermanfaat kepada semua terutamanya golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN : Wajib Sediakan Tempat Tinggal Kepada Bakal Isteri Sebelum Berkahwin – PU Riz

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply