Fazley Yaakob & Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak-anak

Fazley Yaakob dan Azrene Soraya kekal rutin makan bersama anak-anak walaupun sudah berpisah. Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi, sosial, serta undang-undang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga anak-anak.

Fazley Yaakob & Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah 

Dalam sesebuah perkahwinan, perceraian dianggap sebagai jalan terakhir apabila segala usaha untuk memperbaiki hubungan gagal. Bagaimanapun perceraian bukan alasan untuk hubungan kekeluargaan terjejas hingga anak-anak menderita.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkata biarpun dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka harmoni seperti keluarga.

“SAYA PERCAYA PERCERAIAN ITU TIDAK BERMAKNA BERAKHIR SEBUAH KASIH SAYANG. IA JUGA BUKAN BERERTI BERAKHIR HUBUNGAN KEKELUARGAAN. PERCERAIAN JUGA BUKAN BERMAKNA ANAK-ANAK PERLU MENDERITA DISEBABKAN PERPISAHAN.

“Ungkapan yang kami pegang adalah tidak semuanya pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.

“Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak faham serta hormat keputusan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada media.

Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak-anak

Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob, 46, menambah sejak bercerai, tiada yang berubah.

“SAYA, AZRENE DAN ANAK-ANAK KELUAR PERGI MAKAN BERSAMA. SAYA ZIARAH AZRENE DAN KAMI TENGOK WAYANG BERSAMA.

“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami adalah suami isteri, tetapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti 18 tahun lalu ketika kami bersama.

“Anak-anak juga tidak berasa apa-apa kekangan mengenai hubungan antara saya dengan Azrene. Semuanya masih sama, kumpulan Whatsapp kami masih sama. Hendak jumpa pun masih bersama dan tempat makan pun serupa.

“APA YANG MEMBEZAKAN KAMI ADALAH PERHUBUNGAN YANG BUKAN LAGI BERLANDASKAN SUAMI ISTERI,” KATANYA.

Sementara itu, penyanyi Cerita Asmara itu mengucapkan terima kasih kepada media kerana memahami perasaan mereka sekeluarga dengan tidak menulis laporan yang boleh mencetuskan spekulasi.

“Terima kasih kerana melaporkan seadil-adilnya kisah dan kebenaran mengenai perpisahan kami ini,” katanya.

Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun.

Fazley membuat kejutan apabila mengumumkan sudah pun bercerai dengan Azrene beberapa bulan lalu dengan tempoh edah sudah pun berakhir menerusi kenyataan media.

Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.

Sumber: Berita Harian Online

Baca artikel lain juga: Rotan Perlu Bagi Saya, Lembut Je Tak Boleh.” Dato’ Fazley Kongsi Tip Didik Anak

13 Kali Keguguran, Bacakan Yassin 40 Hari Lepas Nikah Dato Fazley Kongsi Suka Duka 15 Tahun Kahwin!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply