Nouhaila Benzina merupakan pemain bola sepak berhijab di Piala Dunia Wanita 2023. Ketika itu pasukan kebangsaan Maghribi berjaya menewaskan Korea Selatan dengan jaringan tipis.
Memetik laporan The Guardian, FIFA membenarkan penggunaan hijab dan disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia pada tahun 2014.
Turun ke Stadium Hindmarsh, Nouhaila Benzina dilihat mengenakan hijab berwarna putih ketika perlawanan.
View this post on Instagram
Pemain berusia 25 tahun ini berjaya mara ke pusingan 16 buat kali pertama untuk pasukan kebangsaan wanita Maghribi pada Piala Dunia 2023.
Momen tersebut sangat bersejarah kerana ia adalah kali pertama FIFA membenarkan pemain wanita berhijab.
Untuk info, Nouhaila Benzina sudah bermain secara profesional untuk Persatuan Sukan Angkatan Tentera Diraja di Maghribi.
Kredit Foto: Instagram Nouhaila Benzina
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.