Teknik Pemanduan Yang Betul Jika Terpaksa ‘Redah’ Jalan Dinaiki Air Di Musim Hujan

Di Malaysia, musim hujan sering kali membawa bersama masalah jalan yang dinaiki air. Sebagai pemandu, penting untuk mempunyai teknik pemanduan yang betul jika anda terpaksa ‘redah’ jalan yang dinaiki air.

Langkah-langkah yang betul bukan sahaja boleh mengurangkan risiko kerosakan kenderaan tetapi juga melindungi keselamatan diri dan penumpang. Jika anda berada dalam keadaan ini, berikut adalah cara pemanduan yang perlu kita praktikkan.

Teknik pemanduan ‘redah jalan dinaiki air

1.Paling penting sebolehnya elak daripada redah banjir! Jangan fikir kereta di hadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Lebih selamat berpatah balik.

2. Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi jalan dinaiki air, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 (dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap.

3. Jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda kerana air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.

4. Jangan panik dan jangan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

Kalau terjadi aquaplaning ini, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar grip semula di atas permukaan jalan.

5. Setelah berjaya mengharungi jalan yang banjir, uji break dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek berfungsi. Kemudian pegang stering dengan kuat dan tekan brek sedikit demi sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek.

6. Kalau kereta telah di kelilingi air anda gagal melepasi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.

Bahayanya jalan dinaiki air ini adalah kita tidak tahu berapa kedalaman air. Kereta berisiko dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi.

INFO
  • Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!
  • Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.
  • Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui kereta sekiranya              -Paras banjir sedalam 0.35m (14″) di permukaan jalan.                                              –Sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2’6″) di permukaan jalan ia tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Sumber: AFS auto garage

BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply