Nur Nasuha Bakal Duduki Ujian Khas MRSM, MARA Bertindak Pantas Bantu!

Kisah pelajar itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik berita pelajar berkenaan di Facebooknya semalam.

Menerusi perkongsian Dr Asyraf Wajdi, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai berhubung dengan ibu bapa pelajar itu dan menguruskan pengangkutan anak cemerlang itu bagi menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).

“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.

“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian.

“MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini,” kongsinya.

Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf dan pihak MARA berhubung kisah anak keduanya itu.

“Saya sudah dihubungi guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anak menduduki ujian UKKM, esok.

“Selain tercapai tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga saya turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan.

“Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar mahu menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.

Keadaan kesihatan bapanya menyebabkan dia dan empat adik-beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31, yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai satu motosikal serta sering terputus bekalan makanan.

Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Berita Harian & Datuk Dr Asyraf Wajdi.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply