Bila anak demam, memang ibu bapa risau kan? Kadang-kadang, kita tak pasti sama ada demam tu biasa je atau perlu bawa ke hospital.
Jadi, bila sebenarnya waktu yang betul untuk bawa anak ke hospital bila dia demam? Jom kita tengok tanda-tanda penting yang perlu kita perhatikan! Jom ikuti info yang dipaparkan menerusi facebook Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
11 tanda anda perlu SEGERA hantar anak yang DEMAM PANAS ke hospital atau klinik. Ibu bapa/ penjaga wajib tahu dan ambil tahu, jangan buat tak tahu dan tak mahu tahu.
1.Menangis berterusan yang tidak berhenti. Maknanya ada sesuatu yang kita tak tahu dan diluar pengetahuan kita. Jangan biarkan sahaja di rumah.
2.Merengek tidak selesa yang melampau dan tidak berkurang walau telah dipujuk berulang-ulang. Apabila anak demam, ada kemungkinan akibat jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh, tekak, telinga, hidung dan lain-lain. Jangan lewat dibawa berjumpa doktor.
3.Bintik ruam atau ungu yang kelihatan seperti lebam pada kulit (yang tidak ada sebelum anak anda sakit). Ada beberapa punca yang menyebabkan ia berlaku. Jangan dibuat sambil lewa.
4.Bibir, lidah atau kuku menjadi biru. Ini juga perlu berhati-hati. Perlu segera bawa jumpa doktor.
5.Demam disertai dengan pembengkakan dan benjolan pada kawasan leher dan mana-mana bahagian, serta ada tanda-tanda jangkitan seperti sakit, kemerahan dan sebagainya. Bawa jumpa doktor jika ragu-ragu. Jangkitan yang lewat dirawat boleh menyebabkan komplikasi lain seperti pengumpulan nanah yang memerlukan pembedahan
6.Leher yang menegang. Ini merupakan salah satu tanda ‘meningitis’. Radang atau jangkitan pada selaput saraf tak boleh dibuat main, ibu bapa perlu ambil perhatian.
7.Sakit kepala yang teruk dan tidak berkurang dengan ubat yang telah diberi seperti paracetamol.
8.Masalah pernafasan yang teruk (sesak nafas). Jangkitan paru-paru boleh disertai sesak nafas bersama batuk dan demam.
9.Serangan sawan. Apabila anak mengalami demam beserta serangan sawan, jangan biar ia kerap berulang. Ini juga merupakan tanda dan perkara yang perlukan pemeriksaan doktor.
10.Sakit perut berterusan. Cirit-birit atau sakit berterusan bersama simptom seperti demam perlu diambil perhatian juga oleh ibu bapa. Keadaan anak boleh menjadi lebih buruk jika tidak dirawat awal. Kehilangan air berterusan melalui cirit-birit boleh menyebabkan anak mengalami dehydrasi dan masalah-masalah lain.
11.Tidak aktif dan tak mahu makan minum. Apabila anak mengalami demam hingga menyebabkan mereka terbaring dan tidak mahu makan atau minum, perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan sahaja di rumah.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.