Air Bunga Telang Selasih Lemon, Sejukkan Badan & Redakan Sembelit

Air bunga telang selasih lemon minuman yang mampu menyejukkan badan terutama ketika cuaca panas. Dalam masa sama, air bunga telang selasih membantu meredakan masalah sembelit jika diamalkan selalu.

Air Bunga Telang Selasih Lemon

Air remedi ini sangat bagus untuk menyejukkan badan, meredakan refluks, meredakan batuk, meredakan sembelit dan meredakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.

Kebaikan air telang selasih lemon ini jika diamalkan selalu ialah ia boleh menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya bila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’

Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.

Boleh cuba amalkan minum air telang selasih lemon. Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk air telang selasih lemon.

Sejukkan Badan & Redakan Sembelit

RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON

 

Bahan-bahan:

Bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
1 sudu makan biji selasih
Air suam
Lemon/peach/pear/epal/buah naga

Cara membuat:

1. Rebus bunga telang. Rebus kosong atau campiur dengan campur molases/orcs.

2. Rendam biji selasih dengan air panas sehingga kembang.

3. Satukan air bunga telang dan biji selasih. Masukkan lemon yang dihiris nipis. Boleh juga perah jus lemon ke dalam air bancuhan.

4.Tambah ais batu jika suka. Sedia untuk diminum.

Sumber kredit: Dhia Raihana Aryan

Artikel berkaitan: Resipi Tepung Pelita Bunga Telang, Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

Kuih Ketayap Bunga Telang, Resipi Tradisi Sentuhan Moden. Lembut, Sedap & Mudah. Ini Caranya!

Patutlah Ramai Suka Tanam Pokok Bunga Telang Ini, Rupanya 19 Khasiat Ni Raih Perhatian.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply