Begitulah kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas mengambil beberapa buah strawberi di sekolahnya di Kentucky, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.
Jabatan Polis Madisonville berkata, anggotanya dipanggil ke sebuah rumah sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu, apabila mangsa berusia lapan tahun itu mengalami masalah kesukaran bernafas dan tidak bergerak apabila dikejutkan daripada tidur.
Ibu bapa mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa pada Khamis lalu, dia telah makan beberapa buah tersebut yang dijual di sebuah sekolah pada malam sebelumnya.
Selepas kematian budak lelaki tersebut, Jabatan Kesihatan Daerah Hopkins berkata, laporan bedah siasat awal memutuskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh tindak balas alahan terpencil.
“Pada masa ini, Jabatan Kesihatan Awam sedang mengambil sampel buah strawberi untuk diuji di sebuah makmal,” kata jabatan kesihatan tersebut.
Amaran kepada masyarakat setempat kemudiannya dikeluarkan supaya tidak memakan sebarang buah yang dijual untuk kutipan dana sekolah terlibat.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.