Ambil Alih Kilang-Kilang
Pembuat kereta China, Chery, kini mula memasang kereta di Rusia dengan menggunakan kilang-kilang yang telah ditinggalkan oleh syarikat-syarikat Barat seperti Volkswagen dan Mercedes-Benz.
Ini adalah salah satu langkah strategik Chery untuk memperluaskan pengaruhnya dalam pasaran Rusia. Di mana, syarikat-syarikat Barat telah menarik diri susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Sejak kebanyakan pengeluar kereta Barat meninggalkan Rusia. Pembuat kereta China kini telah menguasai lebih separuh daripada pasaran kereta di negara itu dari segi jualan.
Kini, mereka turut memperluas pengaruh mereka dalam pengeluaran domestik di Rusia, menunjukkan betapa besar peranan China dalam perubahan landskap ekonomi dan pembuatan Rusia sejak krisis tersebut.
Penyumbang Jualan Kereta
Chery, yang menyumbang hampir satu perlima daripada jualan kereta penumpang di Rusia, telah memulakan proses pemasangan model kereta mereka di tiga kilang yang pernah dimiliki oleh syarikat seperti Volkswagen, Mercedes-Benz, dan Nissan.
Walaupun kilang-kilang ini kini dimiliki oleh syarikat Rusia, kereta-kereta seperti SUV Tiggo dan Exeed masih dipasang di bawah pengawasan jurutera Chery.
Salah satu model baharu yang dihasilkan adalah Tiggo 7 yang telah dijenamakan semula sebagai Xcite X-Cross 7 di kilang St Petersburg, yang dahulunya dimiliki oleh Nissan.
Model ini telah diiktiraf sebagai “Jenama Baharu Terbaik” dalam anugerah SUV di Rusia baru-baru ini.
Walaupun langkah ini menunjukkan kehadiran Chery yang semakin dominan di Rusia. Syarikat ini lebih suka untuk tidak mendapat terlalu banyak publisiti mengenai aktiviti mereka di negara tersebut.
Kerjasama antara China dan Rusia telah mendapat perhatian daripada Barat. Di mana mereka berusaha untuk menghalang sebarang bantuan yang mungkin memudahkan Rusia dalam pencerobohan mereka ke atas Ukraine.
Strategi Eksport Global
Namun, dari segi strategi eksport global Chery, langkah di Rusia ini adalah berasingan daripada rancangan mereka untuk mengembangkan pasaran di Eropah.
Chery sedang merancang untuk memasuki lebih daripada 60 pasaran baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Dengan tumpuan yang lebih besar kepada pasaran global termasuk Eropah.
Di Rusia, Chery menggunakan strategi pemasangan yang dikenali sebagai “semi knocked down” (SKD). Di mana model Tiggo tiba di kilang dalam keadaan hampir siap, dan kemudian dipasang sepenuhnya di kilang-kilang tersebut.
Kilang di Kaluga, sebagai contoh, mampu menghasilkan sehingga 225,000 kenderaan setahun. Kini sedang memasang model crossover Tiggo dalam jumlah yang kecil.
Chery telah berjaya melipatgandakan jualan kereta mereka di Rusia sejak 2022. Data terbaru menunjukkan bahawa mereka telah menjual lebih daripada 200,000 kenderaan di Rusia pada tahun 2023 sahaja. Dengan permintaan yang kukuh, Chery dilihat akan terus menjadi pemain utama dalam pasaran automotif Rusia yang sedang berubah.
Dari Reuters
Baca Juga Chery Malaysia Tawar Pakej Lepas Jualan Perlindungan Kenderaan Yang Menarik
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.