Hasil Karya Pernah Diremehkan RIA MIRANDA Kini Muncul Sebagai Pereka Fesyen Tersohor Indonesia

Nama Ria Miranda sudah tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Karya fesyen hijab ciptaannya sentiasa berjaya di pasaran.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggemari gaya fesyen dengan warna pastel yang cantik dan lembut, pastinya menggemari koleksi jenama Ria Miranda.

Memetik pelbagai sumber, wanita berusia 39 tahun dengan nama penuhnya Indria Miranda ini dilahirkan dalam family business. Maka tidak hairanlah, Ria Miranda turut bergelar usahawan dalam bidang fesyen.

Namun siapa sangka, perjalanan kariernya sebagai penggiat fesyen bukanlah mudah. Ria Miranda memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan peribadinya sejak tahun 2008.

Dengan jumlah wang tersebut, dia bermula dari bawah untuk mereka pakaian sehinggalah akhirnya berjaya dipasarkan.

Ketika pertama kali muncul pada tahun 2008, Ria Miranda memberikan nama Shabby Chic by Ria Miranda kepada perniagaan fesyennya.

Namun, pada tahun 2009 ia ditukar kepada RiaMiranda seperti yang dikenali ramai orang.

 

Gara-gara dipandang remeh oleh orang ramai berhubung karyanya, pereka fesyen lulusan ESMOD ini tidak hilang semangatnya.

Dia terus mencuba dan berusaha untuk menghasilkan karya fesyen terbaik.

Akhirnya, Ria Miranda berjaya menerima pelbagai anugerah seperti Jakarta Fashion Week, Dubai Modest Fashion Week, dan London Fashion Week.

Kredit Foto: Instagram Ria Miranda

Comments

Leave a Reply