Ungku Ismail ‘Blurkan’ Wajah Anak Ada Sebabnya,”Saya Bertanggungjawab Melindunginya…”

Ungku Ismail ‘blurkan’ wajah anak ada sebabnya,”Saya bertanggungjawab melindunginya…” Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Ungku Ismail ‘Blurkan’ Wajah Anak Ada Sebabnya

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pasangan itu dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.

Kelihatan Ungku Ismail dan Nad mengaburi wajah putera mereka pada setiap gambar yang dikongsikan.

“Saya Bertanggungjawab Melindunginya…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

Ungku Ismail menjelaskan bahawa tindakan dia dan isterinya adalah untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik berlaku kepada putera mereka.

Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.

Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi.

Ungku Ismail menegaskan dia mahu menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadi mereka bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.

Kami kongsi seadanya, sekadarnya.

Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.

Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan pelakon drama Syurgamu Ramadhan itu.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 10 Oktober 2023.

Sekadar info, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Bersama bekas suaminya, Nad mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Nad Zainal

Baca artikel lain juga: Nad Zainal & Ungku Ismail Sanding Di Pelamin Dengan Anak, Cantik Sungguh!

Nad Zainal Rupanya Bunting Pelamin, Ungku Ismail Kongsi Cerita Kami Pun Tak Tunggu Bulan Madu!

Tercapai Impian Nak Duduk Di Confinement Centre Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Ketiga!

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply