Uban Di Usia Muda, Doktor Dedah Antara Puncanya Guna Pengering Rambut

Lelaki kalau sudah memasuki usia 40-an sememangnya akan berdepan dengan rambut putih atau uban. Ia merupakan ‘fenomena’ normal yang berlaku kepada kebanyakan lelaki. Petanda bahawa usia sudah semakin meningkat dan juga faktor biologi dalam diri anda.

Namun bagaimana jika uban tumbuh pada usia yang lebih awal. Sebagai contoh pada penghujung 20-an atau awal 30-an. Pastinya ia meresahkan anda, bukan?

Rambut Beruban Rambut Beruban

Menurut Pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang antara salah satu faktor uban diusia muda ialah penggunaan pengering rambut yang terlampau kerap.

Suhu panas pengering rambut akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin.

“Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.

“Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut,” katanya pada Sabtu di aplikasi X.

 

Menurutnya, uban di usia muda juga boleh disebabkan oleh kadar vitamin B12 yang rendah.

“Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi, sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Samhan berkata, stress, vitiligo dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.

Katanya, vitiligo adalah kondisi yang mana sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.

Tambahnya, kajian yang dijalankan oleh J G Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.

uban uban

“Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ia juga mampu menurunkan kadar melanin,” katanya.

Dr Ahmad Samhan berkata, mereka yang mengalami keadaan uban pramatang disebabkan kekurangan vitamin dan mineral, digalakkan mengambil vitamin melalui sumber makanan semula jadi seperti telur, makanan laut dan ikan salmon.

“Amalkan sajian kaya kalsium dan makanan tinggi tembaga termasuklah hati lembu, kacang almond, coklat hitam dan asparagus,” katanya. -Sinar Harian

BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply