Taycan Turbo S Celestial Jade: Ikon Mewah Unik Porsche, Dipertontonkan Eksklusif di Malaysia

Porsche Malaysia, melalui wakilnya Sime Darby Auto Performance, telah mengadakan pratontoton khas model Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade, sebuah kenderaan edisi khas satu-satunya di dunia.

Pratonton model eksklusif ini telah diadakan di Genting Highlands, Pahang.

Model ini direka khas menerusi program ikonik Porsche Sonderwunsch, yang menawarkan kepada pelanggan yang ingin memiliki kenderaan eksklusif mengikut cita rasa tersendiri.

Warna ChromaFlair yang Mengagumkan

Taycan Turbo S Celestial Jade menampilkan penggunaan warna ChromaFlair yang pertama kali diperkenalkan di dunia.

Proses pembuatan warna ini mengambil masa sekitar setahun dengan kira-kira 80 jam kerja tangan yang teliti.

Warna unik ini dihasilkan daripada “pigmen” khas yang menghasilkan kesan warna yang berubah-ubah bergantung kepada sudut pandangan.

Warna pilihan yang digabungkan dalam Taycan Turbo S Celestial Jade adalah “Urban Bamboo” yang membawa tona hijau terang dengan sentuhan emas dan kuning, serta “Shifting Carbon” yang menggabungkan kelabu gelap dengan unsur hitam dan biru.

Nama “Celestial Jade” dipilih bersempena dengan simbolisme batu jed yang mewakili kebahagiaan dan panjang umur, manakala karbon mencerminkan semangat perintis Porsche dalam dunia sukan permotoran.

Logo “LongMa” dan Sentuhan Eksklusif

Selain cat yang memukau, Taycan Turbo S Celestial Jade turut dihiasi dengan logo khas yang diinspirasikan oleh mitos “LongMa” iaitu gabungan kepala naga dan badan kuda yang melambangkan kekuatan dan nasib yang baik.

Logo ini terletak di beberapa bahagian kereta, termasuk pada kusyen kepala, projektor pintu, serta sill guards, memberikan makna simbolik yang mendalam, lebih-lebih lagi kerana tahun 2024 merupakan Tahun Naga dalam kalendar Cina.

Komponen karbon dengan teknik anyaman khas turut menggantikan beberapa bahagian standard pada kereta ini, seperti inlay bumper depan, skirt sisi, dan diffuser belakang, menjadikan kenderaan ini lebih istimewa dan eksklusif.

Peluang Personalisasi Tanpa Had

Melalui program “Porsche Exclusive Manufaktur” , pelanggan diberi peluang untuk mencipta kenderaan mengikut kehendak pelanggan itu sendiri.

Program ini menawarkan pilihan material dalaman, warna cat, serta ciri reka bentuk yang boleh dipilih secara eksklusif.

Salah satu pilihan yang paling menarik ialah program “Leather to Sample”, di mana pelanggan boleh memilih warna kulit yang tidak ditawarkan secara standard, seperti warna hijau gelap elegan “Englishgreen” yang dipadankan dalam Taycan Turbo S Celestial Jade.

Program Sonderwunsch: Pengalaman Personalisasi Tertinggi

Bagi mereka yang inginkan pengalaman personalisasi yang benar-benar unik, program Sonderwunsch oleh Porsche Exclusive Manufaktur membolehkan pelanggan mereka kenderaan dari bawah hingga ke atas.

Menerusi kolaborasi rapat bersama pakar Porsche, pelanggan boleh mencipta kenderaan mengikut cita rasa peribadi mereka.

Program ini turut menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan Porsche ID eksklusif yang membolehkan akses ke kilang Porsche di Zuffenhausen sepanjang proses pembuatan kenderaan mereka.

Taycan Turbo S Celestial Jade membuktikan bahawa dengan Porsche Exclusive Manufaktur, impian anda boleh realisasikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Sonderwunsch, pelanggan boleh menghubungi Pusat Porsche terdekat di Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply