Bapa Raikan Hari Lahir Anak Istimewa Hidap Cerebral Palsy Dengan Aktiviti Lasak

Bapa raikan hari lahir anak istimewa hidap Cerebral Palsy dengan aktiviti lasak. Kasih seorang bapa. Meskipun  mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.

Bapa Raikan Hari Lahir Anak Istimewa Hidap Cerebral Palsy Dengan Aktiviti Lasak

Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.

Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.

 

“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.

@wiradihan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 Edisi Anak Syurga Luarbiasa #klscm2023 #bikeisable #lunastella #anaksyurgaluarbiasa #ProApparel #inclusiondisable #Disabledrunbikerun #CerebralPalsy #javabikesmalaysia #mycp #PPDKPermataHati ♬ Love Of My Life – Metrow Ar

“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.

Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.

“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.

“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.

Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.

“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.

“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.

Sumber: Sinar Harian  TikTok Wira Sudepja Rabu

Baca artikel lain juga: Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Pasangan OKU Bina Rumah Tangga, Keluarga Beri Sokongan

Hari Pertama Lahir Sudah Diambil Air Tulang Belakang. Kisah Duka Anak Cerebral Palsy Ini Meruntun Jiwa

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply