Aktres berbakat besar, Puteri Balqis membuat perkongsian yang menyentuh hati di akaun Instagram, di mana ditujukan khas buat anak perempuan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.
Dalam perkongsian berbentuk puisi itu, pelakon remaja itu menzahirkan harapan dan dorongan buat anak kecil berusia empat tahun berkenaan supaya cekal dan membesar dengan tabah mengharungi perceraian kedua ibu bapa.
Balqis turut menyampaikan pesanan bahawa kasih sayang dan tanggungjawab ibu bapa terhadap Fatima tidak akan berkurang meskipun mereka berdua sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri.
“Sayang Fatima. Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu, dik. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika. Namun rindu dan tanggungjawabnya pada seorang anak, tidak sekali-kali diabai walau keadaan memaksa.
“Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu, dik. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma.
“Bising seketika. Maka, biarkan dengan ilusi mereka. Bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa. Sepertimana yang mereka gembar-gemburkan,” katanya.
Dalam puisi yang sama, pelakon drama popular Terlanjur Cinta itu turut mengingatkan Fatima bahawa masyarakat sering kali memberikan pandangan berdasarkan apa yang dilihat tanpa cuba memahami atau mengetahui realiti sebenar.
“Mereka mengharapkan aku membenci ibuku sehingga ada yang menulis, dia bakal bunuh ibunya sendiri.
Sedangkan apabila tiba waktunya, aku lebih membenci mereka. Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar.
“Selama lebih 10 tahun. Tetapi sekali dibuka, maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib. Aku saksi kecil, yang berdiam menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka kini, aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.
“Malah, kasih aku pada ibuku semakin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya penyesalan, kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat dan orang-orang industri,” coretnya lagi.
Walaupun turut berhadapan dengan ujian serupa, Balqis bagaimanapun menyifatkan nasib Fatima lebih baik daripadanya kerana kanak-kanak itu masih mempunyai kedua ibu bapa yang menyayanginya.
Selain itu, gadis berusia 17 tahun itu berharap agar Fatima tidak bersedih dengan pandangan orang lain sebaliknya hidup dalam kebahagiaan selain menjadi pengubat derita buat kedua ibu bapanya.
“Jangan kau bersedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia. Kita menderita kerana cinta. Maka belajarlah dari pengalaman insan yang benar-benar mengasihimu.
“Bukan dari musuh dalam selimut yang cuma ada di waktu kau punya segala-gala,” tulisnya.
Mengakhiri puisi, Balqis turut mengucapkan terima kasih kepada Fattah dan Fazura kerana telah membesarkan anak tunggal mereka dengan baik.
Perkongsian dibuat Balqis yang cukup menyentuh hati itu bukan sahaja mengundang sebak daripada orang ramai malah turut mendapat perhatian daripada pelakon filem Pisau Cukur itu.
“MasyaAllah, TabarakAllah. Kata-kata cukup bijaksana dari seorang gadis yang masih muda namun sangat cerdas. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima.
“Awak sememangnya satu sosok yang mengagumkan. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminnn, Allahuma Amin,” Titip Fazura di ruangan komen hantaran itu.
Terdahulu, pasangan selebriti popular tersebut akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 227 November 2017. Pada 3 September 2024
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Puteri Balqis
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.