“Saya Kekal Gembira Dan Dapat Kawal Emosi Walaupun..” – Janna Nick Dedah Tip Kawal ‘Mental Illness’

Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.

“Start your day with a morning exercise.

“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menerusi posting itu juga, Janna turut memuat naik beberapa gambar serta video menunjukkan aktiviti senaman yang dilakukannya.

Pernah didiagnosis menghidap penyakit bipolar, Janna berkata dia dapat mengawal emosinya dengan melakukan aktiviti kecergasan pada setiap pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Comments

Leave a Reply