Musim hujan kini kembali di kebanyakan tempat di Malaysia. Malah, dia ada juga negeri yang sudah dilanda bencana banjir. Jika anda berada di kawasan yang terdedah kepada banjir, kebarangkalian kereta anda dimasuki air atau tenggelam adalah tinggi.
Kejadian ini boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada kenderaan, adakah masih boleh digunakan atau pun tidak? Dan apakah langkah yang perlu dilakukan selepas bencana tersebut?
Kami kongsikan sedikit maklumat berkenaan topik ini.
Perlindungan Insurans untuk Kerosakan Akibat Banjir
Perlindungan insurans berkaitan bencana alam sebenarnya sangat penting walaupun kita tidak pernah menduga ianya bakal berlaku kepada kenderaan kita sendiri.
Tanpa insurans komprehensif kereta yang merangkumi perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir, individu mungkin akan dibebani dengan bil pembaikan yang besar malahan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Rancangan Tindakan Selepas Banjir
1.Capai kereta anda hanya apabila air banjir telah surut dan selamat untuk berbuat demikian. Jika perlu, tarik kereta anda ke kawasan yang lebih tinggi untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk.
2.Menghidupkan enjin kereta yang terendam banjir boleh memburukkan keadaan, terutamanya jika air telah masuk ke dalam enjin. Adalah penting untuk tidak menghidupkan kenderaan anda sehingga penilaian menyeluruh dilakukan.
3.Gunakan penyedut basah/kering (vacuum) untuk menghilangkan sebarang air yang bertakung di dalam kenderaan. Selain itu, gunakan tuala untuk menyerap air yang mungkin meresap ke dalam tempat duduk dan bantal.
4.Gunakan pengering udara dan kipas untuk mempercepat proses pengeringan. Langkah ini penting untuk mencegah kulat dan kerosakan dalaman yang lebih lanjut.
xr:d:DAF4ERAFSOU:5,j:1656612252902930851,t:23122609
Tuntutan Insurans dan pembaikkan
Banjir yang ringan mungkin mengakibatkan kerosakan yang minima. Walau bagaimanapun, jika kereta telah terendam untuk tempoh yang lama, syarikat insurans boleh mengisytiharkan ia sebagai kerugian total kerana kompleksiti dan kos menangani isu-isu yang disebabkan oleh air, termasuk kerosakan elektronik.
Jika kenderaan boleh dibaiki, satu tuntutan insurans kereta komprehensif perlu dibuat. Setelah pembaikan yang diperlukan selesai, kenderaan tersebut akan dapat diinsuranskan semula, walaupun catatan insiden banjir akan dicatat dalam laporan sejarah kenderaan.
Mendapatkan perlindungan insurans yang betul, mengikuti rancangan tindakan selepas banjir yang teliti, dan memahami implikasi kerugian total atau proses membaiki semula adalah langkah-langkah penting untuk memastikan kenderaan anda boleh digunakan atau pun tidak.
Artikel ini diolah dan diambil dari Roda Panas.
BACA LAGI : Tip Penjagaan Suspensi Motosikal Agar Tahan Lama Terutama Musim Hujan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.