Bila berpuasa semua pun nampak sedap kan? Tetapi kita perlulah pandai pilih makanan dan minuman berkhasiat ketika berbuka puasa.
Tambahan lagi buat anda yang sedang berdiet, pengambilan buah dan sayur amat penting untuk membantu penurunan berat badan secara seimbang.
Pemilihan buah haruslah tepat dan betul kerana gula yang terdapat di dalam buah juga harus dikira. Jika tinggi gula, maka tidak sesuailah untuk diet. Betul tak? Di sini, kami akan kongsikan jus buah atau sayur yang sesuai diamalkan.
- Jus Oren
Sumber Gambar : Pexels
Jus oren yang dibuat di rumah merupakan alternatif yang sihat dan rendah dengan kalori. Jus oren yang baru diperah dianggap sebagai jus kalori negatif iaitu sesuai untuk badan kamu kerana hanya memerlukan sedikit sahaja tenaga untuk membakar kembali kalori tersebut.
2. Jus Amla
Sumber Gambar : Times of India
Bagus kalau kamu dapat minum jus amla pada setiap pagi kerana kandungan kalorinya yang rendah. Pada masa yang sama, jus amla dapat bantu menjaga sistem pencernaan kamu sepanjang hari dan mempercepatkan metabolisme dalam badan.
Menurut laporan, jus ini juga dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Untuk kesan yang ketara, ambil ketika perut masih lagi kosong.
3. Jus Delima
Sumber Gambar : Any Lane from Pexels
Jus delima sememangnya rendah dalam kalori (134 kalori) dan bagus untuk kulit mendapatkan glow secara semula jadi. Untuk pengetahuan kamu, buah delima juga kaya dengan antioksidan, polyphenols dan conjugated linolenic acid.
4. Jus Tembikai
Sumber Gambar : Bruno Scramgnon from Pexels
Hanya mengandungi 30 kalori bagi setiap 100g hidangan boleh membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan terhidrat. Buah tembikai ini juga kaya dengan amino acid arginine iaitu salah satu bahan yang membantu dalam pembakaran lemak secara pantas.
5. Jus Timun
Sumber Gambar : Toni Cuenca from Pexels
Timun sememangnya popular dengan fakta “rendah kalori dan tinggi jumlah kandungan air”. Pada masa yang sama, sayur ini langsung tidak mengandungi gula dan seterusnya memberikan hidrasi yang cukup kepada penerimanya.
6. Jus Beetroot
Sumber Gambar : ROMAN ODINTSOV from Pexels
Kaya dengan nutrien, tidak mempunyai lemak dan kolestrol, jus ini sememangnya menjadi sumber serat makanan larut dan tidak larut yang baik. Untuk rasa yang lebih sedap, kamu boleh tambahkan beberapa titis perahan lemon, secubit garam dan serbuk jintan panggang.
7. Jus Peria Katak
Sumber Gambar : ROMAN ODINTSOV from Pexels
Minum jus peria katak secara berkala boleh merangsang hati keluarkan asid hempedu yang diperlukan untuk metabolisme lemak. Memang terbukti peria katak ini rendah kalori, minum jus sebanyak 100g peria katak, kamu hanya akan mengambil sebanyak 17 kalori sahaja!
8. Jus Lobak Merah
Anna Pustynnikova/Getty Images
Minum segelas jus ini di awal pagi boleh berikan tenaga yang cukup sehingga waktu tengah hari. Sesuai untuk turunkan berat badan dengan konsisten, jus lobak merah sangat sesuai kerana mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi.
Nak lagi berkesan, ambil sebiji lobak merah campurkan dengan sebiji epal, 1/2 biji oren dan sedikit halia untuk dijadikan detoks bagi buang toksin dalam badan.
Bagi yang ingin turunkan berat badan dan dapatkan kesan yang lebih cepat, amalkan beberapa jenis jus ini.
Untuk info, kalori merupakan unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Begitu juga jika nak tambah berat badan pekara sebaliknya perlu di ambil perhatian. Tapi AWAS Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.