“March 17th, Lil Cappy Dilahirkan” Caprice Timang Cahaya Mata Pertama!

Tahniah di ucapkan buat penyanyi, Caprice yang kini telah selamat bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat mereka semalam.

 

Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice sendiri menerusi platform media sosial miliknya semalam.
“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya ringkas.Menerusi entri sama itu juga, Caprice turut memuat naik videonya yang sedang memangku cahaya mata sulungnya itu.

Caprice dan isteri bagaimanapun belum berkongsi jantina anak mereka kepada umum.

Menerusi Insta Storynya, bapa penyayang itu juga turut meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki malah berterima kasih kepada rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan anak dan isterinya.

“Thanks you guys for all the doas, well wishes. Baru sempat baca semua.

“It means a lot to us.

“Syukur alhamdulillah for everything and everyone,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak

Tunai Umrah!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply